Semua Guru Besar Sekolah Rendah Terengganu diminta memuat turun (download) borang SR-01 2912-SEKOLAH di sini. Sila baca dengan teliti sheet “panduan” dan “cara isi borang” sebelum mengisi borang tersebut. Tuan diminta mengisikan semua maklumat sebenar sekolah seperti pada 31 Januari 2011 di dalam borang tersebut. Untuk cadangan bilangan kelas tahun 2012, sila isi sebagaimana contoh berikut:
Untuk kelas JQAF, sila pastikan bilangan kelas dan murid yang terlibat sahaja (jika berkenaan).
Juga sila pastikan bilangan kelas dan murid sebenar Pendidikan Khas Integrasi. Sila pastikan juga bilangan kelas Prasekolah sekiranya ada peluasan 2012.
Borang yang telah siap diisi dan disahkan oleh Guru Besar hendaklah dibawa bersama ke Taklimat yang akan diadakan oleh PPD masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan. . Segala kemusykilan hendaklah diajukan kepada Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah Rendah di PPD atau kepada Mat Lin Mohd Nor Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Terengganu – 096213327/0139816263.
No comments:
Post a Comment