"Saya merasa teruja kerana dapat bersama dengan pimpinan pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri kerana saya juga bekas guru yang diamanah untuk memimpin APMT" demikian kata Yang Berbahagia Tuan Haji Roshali bin Taha,Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu. Tegas beliau juga agenda pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Mohd Said.Menteri Besar Terengganu.
Beliau menyeru semua pimpinan pendidikan negeri dapat berganding bahu menjayakan agenda besar pendidikan kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu Sebagai Anjung Ilmu. Sehubungan dengan itu antaranya ialah mengadakan kelas maya. Hasrat YAB Menteri Besar agar kelas ini dapat diujudkan bagi setiap DUN dalam negeri Terengganu. Selain dari itu kerajaan akan menambah peruntukan bagi mempertingkatkan tambahan program dalam e-book. Walaupun pelbagai isu timbul adalah diharapkan pegawai-pegawai pendidikan dapat bersama memperjelas dan mengawal selia guru atau kakitangan agar program pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Pengarah APMT juga menyatakan bahawa kerajaan negeri terutama YAB Menteri Besar sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada kaum guru bagi mempertingkatkan pendidikan anak negeri Terengganu serta menambahbaik program-program yang ada. Sesungguhnya dalam menjayakan Program Terengganu Anjung Ilmu banyak program yang sedang dan akan dilaksanakan.Justru itu tenaga pakar para guru amat diperlukan bagi menjayakan pendidikan dan juga menyedarkan masyarakat kita Terengganu tentang pentingnya pendidikan bagi mengubah nasib keluarga dan kemajuan negeri serta negara.
Sesungguhnya kita sepatutnya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita dan manafaatnya kepada pendidikan anak Terengganu dan sebagai kaum pendidik insan yang minda bestari kaum guru mampu menjadi agen bertenaga kepada perubahan pembangunan masyarakat yang lebih terbuka dan positif. Halangan besar kepada kemajuan yang prograsif ialah sikap dan pemikiran masyarakat kita yang sempit dan mudah dimanipulasikan. Justru itu kerajaan negeri berharap kaum guru mampu memikul amanah mendidik anak negeri secara holistik sebagai pewaris kepimpinan negeri pada masa hadapan.
Kerajaan negeri akan sentiasa memastikan prasarana pendidikan di negeri Terengganu mencukupi dan terbaik agar anak-anak mendapat pendidikan terbaik termasuk kemudahan sukan seperti futsal. Selain itu Pengarah APMT berharap pelbagai program bersama PPD akan dapat diatur dan dilaksanakan untuk wacana pendidikan bagi merealisasikan sebagai Terengganu Anjung Ilmu.
No comments:
Post a Comment