Perasmian seminar pada pagi telah disempurnakan oleh En.Kahar bin Abdul Latif,Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Beliau berkata Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sangat menghargai usaha-usaha yang dilaksanakan oleh TNB bagi menyampaikan pendidikan keselamatan elektrik kepada pelajar khususnya dan supaya semua pihak akauntebaliti terhadap isu-isu berkaitan elektrik ini.
Sebelum itu Mr Ir. Ho Peng Choong,Pengurus Besar Kanan,Jabatan Senggaraan Aset yang mewakili Ketua Pegawai Eksukutif TNB dalam ucapan alaunnya menyatakan tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan elektrik kepada murid-murid sekolah sebagai usaha jangka panjang untuk mengurangkan kecuaian yang mengakibatkan kemalangan berkaitan elektrik.
Selain itu tegas beliau,seminar ini juga bertujuan mewujudkan kesedaran setiap individu tentang keselamatan elektrik serta pendedahan tentang bahaya-bahaya serta cara-cara bertindak jika belaku sesuatu kemalangan. Menurut beliau sebelum ini peserta seminar banyak difokuskan kepada guru tapi mulai tahun ini murid menjadi fokus utama justru murid adalah kumpulan ketiga terbesar menghadapi kemalangan elektrik selepas pekerja kontraktor yang terbabit dalam bidang berkaitan.
Sempena dengan seminar berkenaan pelbagai aktiviti diadakan seperti kuiz dan juga pameran.Sesungguhnya elektrik sangat berguna dalam kehidupan kita namun kecuaian dan kesilapan mengendalinya kita harus membayar dengan harga yang sangat mahal;yakni nyawa!
No comments:
Post a Comment