Sunday, March 13, 2011

Pertukaran dan Penempatan Pengetua serta Guru Besar Kuatkuasa 16 Mac 2011


Pada jam 9.30 pagi tadi En.Zakariah Ali,Ketua Sektor Pengerusan Sekolah telah mengadakan taklimat ringkas dan kemudiannya menyerahkan surat pertukaran serta penempatan tawaran baru kepada Pengetua dan Guru Besar yang terlibat. Taklimat yang diadakan di Rumah Tamu,Jabatan Pelajaran Negeri turut dihadiri oleh En.Salim bin Abd.Ghani,KPP Sektor Pengurusan Sekolah merangkap Ketua Unit Sekolah Menengah dan En.Jelani Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah.

Seramai tiga orang pengetua dan sembilan orang guru besar dan bakal guru besar telah menerima surat mereka yang tarikh kuatkuasanya ialah 16 Mac 2011. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mengingatkan pengetua dan guru besar bersyukur dan memasang niat yang betul dalam kerjabuat iaitu bekerja kerana Allah dan Rasul demi agama,bangsa dan negara.Tegasnya dalam kehidupan kita,kadangnya, apa yang kita mahu dan rancang berbeza dengan apa yang Allah tentukan dan kehendaki. Oleh itu tegas beliau kita hendaklah sentiasa redha dan bersedia...

Senarai nama Pengetua dan Guru Besar terlibat pertukaran dan tawaran pada 16 Mac klik di sini


No comments:

Post a Comment