Cadangan Majlis Guru Besar agar gred jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan diletakkan pada gred DG34 /DG36/DG38 seolah-olah usaha menongkah arus. Kita tidak menolak ada kalangan guru besar bukan siswazah juga berjaya mentadbir sekolah dengan cemerlang, namun perkara ini boleh diperhalusi bersandarkan beberapa alasan berikut:
Jawatan guru besar wajar disandang guru gred DG44 untuk menggambarkan profesionalisme dan dihormati, bukan ditakuti. Adalah sesuatu yang sinis apabila guru biasa majoritinya mempunyai gred DG41, sedangkan guru besar sekadar DG32/DG34/DG38, akhirnya guru besar selalu terpaksa menunjukkan dialah berkuasa
Keadaan pelik lagi berlaku kerana pada ketika ini ramai guru biasa sudah pun berada pada gred DG44.
Sudah pasti wujudnya jurang dan gaya pemikiran yang berbeza. Memang faktor pengalaman sesuatu yang diperlukan, namun alangkah bijaknya jika faktor ini digandingkan dengan faktor akademik.
Sudah tiba masanya pelantikan jawatan guru besar dan penolong kanan dirombak dengan memberi penekanan kepada tahap akademik dan gred DG44 sesuai dengan tuntutan semasa dan memenuhi keperluan PIPP untuk memartabatkan profesion perguruan.
ZAM,
Kuching, Sarawak
No comments:
Post a Comment