Tuesday, March 8, 2011

MESYUARAT PENEMPATAN SEMULA GURU PEMULIHAN LINUS 2011

Seramai 51 orang guru opsyen Pemulihan Khas atau Pengajian Melayu akan terlibat dalam arahan pertukaran pada Mac atau April 2011 ini. Bilangan ini adalah sama dengan kelulusan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perjawatan baru ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang terpilih.



Bagi memastikan urutan punca kuasa dan proses yang jelas, Mesyuarat Penempatan Semula Guru Pemulihan Khas telah diadakan di Holiday Villa, Kuantan bermula pada 7 hingga 8 Mac 2011. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah. Semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD terlibat dalam mesyuarat ini.


Dua sektor lain turut terlibat dalam mesyuarat khas ini. Iaitu Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas (SPSK) dan Sektor Pengurusan Akademik (SPA). Encik Yuseri bin Isa dari SPSK telah membentangkan data Guru Pemulihan Khas di semua sekolah. Ini bagi memastikan kedudukan Guru Pemulihan Khas di semua sekolah dipersetujui bersama antara Sektor Pengurusan Sekolah dan Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas.


Manakala Pegawai LINUS Negeri, Tn. Hj. Ghazali Mohamad, dari SPA telah membentangkan data kedudukan terkini bilangan murid-murid LINUS tegar di semua sekolah mengikut PPD. Keramaian dan peratusan murid yang tergolong dalam kategori LINUS tegar ini menjadi asas bagi pengisian perjawatan Guru Pemulihan LINUS nanti. Bilangan sekolah yang dipersetujui mendapat perjawatan Guru Pemulihan LINUS bagi setiap daerah sebagaimana berikut:-

BILANGAN PERJAWATAN GURU PEMULIHAN LINUS MENGIKUT PPD:


  • PPD BESUT - 10 orang
  • PPD DUNGUN - 6 orang
  • PPD HULU TERENGGANU - 4 orang
  • PPD KEMAMAN - 11 orang
  • PPD KUALA TERENGGANU - 9 orang
  • PPD MARANG - 5 orang
  • PPD SETIU - 6 orang
PPD akan mengeluarkan cadangan nama guru untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti. Surat Arahan Pertukaran kepada 51 orang guru ini akan dikeluarkan oleh Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT.

Laporan oleh:
En.Kamal bin Abdullah
Penolong Pengarah Pengurusan Guru
Unit Pengurusan Sekolah Rendah

No comments:

Post a Comment