gambar hiasaan
Lama-lama kelamaan setelah agak remaja dan dewasa kita tidak takut lagi untuk berada di hutan atau belukar kecil kerana kita juga belajar kelemahan makhluk ini yang berleher pendek dan tidak boleh menoleh sebebas mana yang memberi ruang kepada kita mengambil peluang untuk menyelamatkan diri dari sondolan mereka.
Tapi kini satu spesis baru "babi hutan" yang ganas telah muncul dalam kehidupan kita. Spesis baru ini tidak lagi merayau dalam belukar atau hutan tetapi dalam pekan bahkan di tengah kota, di tengah hutan batu..Spesis baru ini seribu kali ganas dari kaum asal makhluk ini.Mereka menyondol,merembat,menggigit,merentap tanpa mengenal usia mangsa sama ada tua atau muda. Ramai yang cedera parah,kehilangan harta benda bahkan kehilangan nyawa kerana sondolan dan rembatan "babi hutan" spesis baru ini. Hari-hari baik di akhbar atau di televisyen kita mendengar mangsa yang telah disondol.Denganr cerita maha dasyatnya petaka yang terhasil daripada spesis ini sudah sampai ke parlimen .Isteri saya juga tidak terlepas daripada sondolan dua ekor "babi hutan" jenis baru ini semalam di dalam pekan di tengah kesibukan manusia ramai.Habis harta karun dalam beg tangannya.Cedera sedikit akibat sentakan. Syukurlah tidak parah namun sedikit gawat di saat tenaga dan fikirnya sangat-sangat diperlukan ,dia mengalami kejutan dan truma tanpa disangka.
Saya ketengahkan isu ini sebagai peringatan kepada kita semua bahawa "babi hutan" spesis baru ini boleh menyondol dan merembat isteri dan anak-anak kita bila-bila masa sahaja. Oleh itu pesan kepada mereka letakkan tanda "awas" dalam minda pada empat penjuru agar mereka sentiaasa siapsiaga dan waspada.
Persoalan kedua adakah "babi hutan" spesis baru ini menjelma dari balantara jauh atau lahir dari abad,dekat atau dasawarsa mana ? Kalau datang dari ladang ternak,ladang ternak mana ? Makanan zat apa yang diberi hingga rakus tanpa belas begitu rupa? Adakah kita turut menabur saham bagi menzahirkan "spesis babi jenis baru ini".
Saya teringat kata-kata seorang-orang penting dalam dunia pendidikan kalau tidak silap bertanyakan apakah "kita menternak atau mendidik manusia" ? Katanya kita bukan menternak manusia kerana menternak kita hanya menjaga perut supaya kenyang agar badan menjadi gemuk. Dalam bahasa mudah kita bukan membajai jiwa hasil ternakan dengan hawa nafsu melulu.Katanya kita adalah pendidik yang mendidik jiwa,akal,budi supaya terbangun watak insan syumul yang mampu memberi sumbangan dan pimpinan membangun kesejahteraan ummah. Sejujurnya itukah yang kita laksanakan dengan sepenuh jiwa raga kita sebagai pendidik? Atau secara tanpa sedar kita juga hanya sekadar menjadi penternak?
Begitu juga dengan semua "pemimpin" (ibubapa,guru,ketua masyarakat,alim ulamak,pemimpin politik) atau siapa sahaja yang terangkum memikul gelaran pemimpin sama ada kecil atau besar yang bakal disoal dan dipertanggungjawab di hadapan Allah SWT,adakah kita juga menjadi faktor menyemarakkan penyuburan ternakan ini sehingga melahirkan "spesis babi hutan model baru" dalam masyarakat kita.
Kalau dahulu kita memburu agar ubi,jagung dan serbanika hasil tanaman kita tidak dilanyak dan kita tidak kelaparan maka saya kira tibalah saatnya kita bersama mengangkat "senjata" memburu dan membentras "babi spesis baru" yang buas dan ganas ini kerana "kebuasan" mereka ini sudah menginjak kehormatan dan harga diri sebagai manusia dan pemimpin yang terpikul dipundak untuk memakmurkan kehidupan semua di muka bumi tercinta. Tanggungjawab ini mesti dipikul bersama oleh setiap warga yang cintakan keamanan,kesejahteraan dan kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment