Tuesday, March 15, 2011

Kursus Tatacara Penggunaan Email Rasmi KPM

Pagi tadi jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari saya dan Ketua Pembantu Tadbir,Sektor Pengurusan Sekolah telah mewakili sektor kami untuk mengikuti Kursus Tatacara Penggunaan Email Rasmi KPM yang dianjurkan oleh Sektor ICT,Jabatan Pelajaran Negeri. Semua sektor dan ppd telah menghantar wakil masing-masing ke kursus tersebut.

Cik Norita bt. Ali,Penolong Pengarah di Sektor ICT telah menyampaikan kursus dan perbengkelan sepanjang program tersebut. Target Jabatan semua pegawai di JPN dan PPD memiliki akaun email rasmi KPM bagi sebarang urusan rasmi di semua peringkat. Ini juga sebagai usaha strategik bagi membudayakan ICT dan mengurangkan kertas dalam urusan pentadbiran.

Sebagai seorang yang internetholik dan mempunyai pelbagai akaun email saya merasakan kursus ini sangat mustahak dan amat bermakna kerana KPM bukan sahaja menyedia stroge ruang 500 megabait kepada setiap orang pegawai tetapi juga ilmu penggunaan dan tatacara pengurusan email yang diberikan Cik Norita Ali sangat bermanafaat. Terima kasih kepada Cik Norita Ali dan Sektor ICT atas inisiatif yang amat berguna ini.

Walau bagaimanapun hasrat yang baik dan murni ini tidak ada gunanya jika talian internet yang lambat dan lembab dan  server untuk email mesti berkapasiti serta berkelajuan tinggi. Musuh utama dalam pengurusan berasaskan internet ialah "lambat" dan "lama menunggu". Justru kita berharap KPM dapat mempertingkatkan kelajuan supaya bukan sahaja email KPM ini diguna dan digemari pengguna tetapi juga semua aplikasi online memberi keselesaan dan kesenangan kepada pengguna.

Walau apapun kita berharap semua pegawai mempunyai akaun email sah KPM membiasakan diri menggunakan segera dalam urusan rasmi dengan semua pihak.

Kepada mana-mana pihak yang ingin berurusan dengan Sektor Pengurusan Sekolah email rasmi ialah:
sps.jpnt@moe.gov.my

No comments:

Post a Comment