Thursday, March 31, 2011

Mesyuarat Persediaan Kemasukan Murid Berumur 5 + Tahun ke Tahun Satu 2015


Sektor Pengurusan sekolah JPN Terengganu mula menyusun tindakan ke atas satu agenda besar negara. Selaras dengan arahan daripada Sektor Dasar Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, satu mesyuarat menggerakkan tindakan di peringkat PPD diadakan pada hari ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda JPN Terengganu.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Terengganu . Agenda besar yang dimaksudkan ialah kemasukan murid-murid berumur 5 tahun ke atas ke tahun satu bermula pada 2015. Unit Pengurusan Sekolah dan Unit Pembangunan di semua PPD turut terlibat dalam mesyarat hari ini. 

Tujuan utama ialah untuk mengesahkan data semasa fizikal bilik darjah di semua sekolah rendah di negeri Terengganu. Pengesahan status kesediaan bilik darjah ini amat penting bagi tujuan menampung gelombang limpahan murid-murid tahun satu pada tahun 2015 nanti. Ini kerana pada tahun itu, dua kumpulan kohort umur kanak-kanak akan melangkah masuk ke tahun satu. Bagi memastikan kesediaan sekolah menampung limpahan pelajar pada tahun itu, pegawai  di semua PPD diminta membuat pemantauan dan pengesahan awal data bilik darjah sedia ada. 

Catatan:
En. Kamal bin  Abdullah
Penolong Pengarah Guru
Unit Sekolah Rendah

Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik TNB 2011 Peringkat Negeri Terengganu

Hari ini sedang berlangsung Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik TNB 2011,peringkat negeri Terengganu yang diadakan di SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu. Seminar ini merupakan yang keempat pada tahun ini dengan penglibatan seramai 313 orang peserta terdiri dari kalangan guru dan murid tahun 4 hingga 6.

Perasmian seminar pada pagi telah disempurnakan oleh En.Kahar bin Abdul Latif,Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan mewakili Pengarah Pelajaran Negeri  Terengganu. Beliau berkata Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sangat menghargai usaha-usaha yang dilaksanakan oleh TNB bagi menyampaikan pendidikan keselamatan elektrik kepada pelajar khususnya  dan supaya semua pihak akauntebaliti terhadap isu-isu berkaitan elektrik ini.

Sebelum itu Mr Ir. Ho Peng Choong,Pengurus Besar Kanan,Jabatan Senggaraan Aset yang mewakili Ketua Pegawai Eksukutif TNB dalam ucapan alaunnya menyatakan tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan elektrik kepada murid-murid sekolah sebagai usaha jangka panjang untuk mengurangkan kecuaian yang mengakibatkan kemalangan berkaitan elektrik.

Selain itu tegas beliau,seminar ini juga bertujuan mewujudkan kesedaran setiap individu tentang keselamatan elektrik serta pendedahan tentang bahaya-bahaya serta cara-cara bertindak jika belaku sesuatu kemalangan. Menurut beliau sebelum ini peserta seminar banyak difokuskan kepada guru tapi mulai tahun ini murid menjadi fokus utama justru murid adalah kumpulan ketiga terbesar menghadapi kemalangan elektrik selepas pekerja kontraktor yang terbabit dalam bidang berkaitan.

Sempena dengan seminar berkenaan pelbagai aktiviti diadakan seperti kuiz dan juga pameran.Sesungguhnya elektrik sangat berguna dalam kehidupan kita namun kecuaian dan kesilapan mengendalinya kita harus membayar dengan harga yang sangat mahal;yakni nyawa!


Bersama sahabat-sahabat MGB Daerah Rembau,Negeri Sembilan

Semalam dari jam 8.30 hingga 10.30 malam saya berkesempatan bersama-sama sahabat-sahabat MGB Daerah Rembau di Hotel Seri Malaysia,Kuala Terengganu. Rombongan MGB Rembau dalam rangka lawatan penanda aras di negeri Terengganu. Rombongan MGB Rembau terdiri dari 30 orang ahli dan turut disertai Pn.Mashitah,Penyelia Kanan,PPD Rembau. Mengikut Pengerusi MGB Rembau mereka pada hari semalan berkesempatan melawat SK Medan Jaya,Marang..

Semalam saya diundang dalam wacana perkongsian pengalaman pengurusan,peranan MGB  Terengganu dan juga Program Lonjakan Kecemerlangan Pendidikan Terengganu. Sebagai bekas Guru Besar lebih dari sepuluh tahun banyak pengalaman bermanafaat yang boleh dikongsikan. Apalagi sewaktu pecutan Kecemerlangan Pendidikan Rendah Terengganu dimulakan saya baru menjawat jawatan Guru Besar di SK Pasir Puteh,Merchang dan rekod cemerlang UPSR yang dijana di zaman saya melalui Auditan Hasil Berteraskan OTI hingga kini saya kira masih belum dipecahkan..

Rakan-rakan MGB Rembau nampak begitu teruja dengan Program Kecemerlangan Pendidikan Terengganu yang telah menjadi "budaya" dalam pentadbiran dan rakyat Terengganu. Mereka juga bertanyakan peranan dan kedudukan MGB Terengganu dan saya selaku penolong pegawai meja MGB Terengganu menceritakan akan akramnya hubungan MGB Terengganu dengan pengurusan JPN Terengganu serta peranan penting yang MGB Terengganu di bawah pimpinan Tuan Haji Yusof Karim dapat sumbangkan kepada kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu.

Kita berharap sahabat-sahabat MGB Rembau dapat sedikit sebanyak manafaat melalui lawatan penanda arasan mereka dan semoga ikatan dan networking yang terjalin antara MGB Rembau dengan sekolah-sekolah yang dilawati berkekalan. Terima kasih sahabat-sahabat MGB Rembau kerana memilih Terengganu Anjung Ilmu sebagai destinasi.



Wednesday, March 30, 2011

Alhamdulillah kini tiba hit yang ke 100,000 !!


Hari ini sekali lagi sejarah tercipta. Blog kami http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com telah mencapai hit yang ke 100,000. Alhamdulillah dan setinggi penghargaan terima kepada pengujung dan follower setia kami. Tanpa sokongan anda blog ini akan sunyi,layu dan sepi. Kalianlah, tidak kira peringkat mana telah menyemarakkan
blog ini. Terima kasih !

Apabila blog ini dibuka pada 25 November 2009 kami sebenarnya kurang yakin dan pasti adakah blog ini akan ada pengunjung justru blog ini bukan blog politik yang sensasi atau blog 18SX yang seksi. Blog ini adalah blog pendidikan yang informatif yang hanya memberi maklumat dan laporan kegiatan unit kami. Cuma sesekali ada isu-isu berkaitan pendidikan dan perkongsian pengalaman. Namun berkat niat ikhlas serta komitmen kami yang tinggi untuk menjadikan blog ini sebagai wacana dan wahana khususnya unit kami dengan sahabat guru seluruh negeri dan negara maka blog ini sudah menjadi teratak untuk disingahi oleh para tamu dari sekolah di ceruk hulu dan pengawai pendidikan di kementeriaan. Terima kasih atas sokongan kalian menyemarakan warna-warni pendidikan di alam siber.

Sesungguhnya saya selaku admin sangat terhutang budi kepada barisan kepimpinan tertinggi  Jabatan Pelajaran Negeri,Ketua Unit Kami dan rakan-rakan serta tidak lupa kepada Penasihat Teknikal Blog ini,Saudara Cikgu Suhaimi,GPK1,SK Paya Bunga,Kuala Terengganu yang banyak mencurah ilmu, masa dan tenaga bagi mengangkat blog ini. Saya menjangkakan hit blog ini akan mencecah 100,000 pada Jun depan tetapi 30 Mac 2011 impian itu menjadi kenyataan.

Terima kasih cikgu! Terima kasih tuan ! Terima kasih follower ! Terima kasih semua.!!!