Friday, May 28, 2010

Pertukaran Guru 1 Jun 2010 : Tahniah dan Terima Kasih

Sehari dua ini cerita paling hangat di kalangan para guru ialah berkaitan kelulusan pertukaran bagi mereka yang memohon untuk bertukar pada 1 Jun 2010 sama ada antara negeri ataupun antara daerah dalam negeri.

    Pihak kementerian telahpun menetapkan dasar bahawa pertukaran pada 1 Jun 2010 harus dilihat dengan teliti dan tidak boleh sewenangnya kerana kesilapan boleh menjejaskan prestasi dan pengajaran-pembelajaran murid terutama yang mengajar di kelas-kelas peperiksaan.Dalam masa yang sama kebajikan guru diambil kira.

    Justru itu pertukaran 1 Jun diberi keutamaan bagi justifikasi berikut:-
    •  kes ancaman keselamatan
    • kes kesihatan kronik
    • kes mengikut pasangan
    Manakala kes-kes lain yang bukan urgensi akan dipertimbang bagi pertukaran 1 Jan depan.

    Mesyuarat Pertukaran Guru Berpusat bagi peringkat JPN Terengganu telah diadakan pada 18 - 20 Mei di Kesedar Inn,Gua Musang,Kelantan. Yang Berbahagia En. Razali bin Daud sebagai panel penasihat turut bersama bagi memastikan urusan kelulusan pertukaran dan penempatan dibuat dengan hati-hati dengan mengambil kira pelbagai dimensi.Bagi sekolah menengah agak senang sedikit kerana kedudukan guru sekolah menengah belum mencukupi tetapi situasi sekolah rendah berbeza sedikit kerana guru sekolah rendah Terengganu sudah berada pada tahap tepu dan mencukupi.

    Kami di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah mengucapkan tahniah kepada 99 orang guru yang dapat masuk ke negeri Terengganu. Bukan senang untuk masuk Terengganu. Mereka harus bersyukur kerana dapat masuk atau balik ke Terengganu. Ramai lagi rakan-rakan mereka yang berada di luar Terengganu yang ingin pulang tapi masih belum tiada peluang. Justru itu terimalah sahaja di mana mereka ditempatkan dalam negeri ini kerana semua sekolah mempunyai murid yang memerlukan khidmat guru.Kita harap pelbagai peristiwa dan ceritera pertukaran yang lepas tidak berlaku dengan terdapat segelintir tindak tanduk insan guru yang amat tidak profesional ,mementingkan diri sendiri dan bersyukur.

    Selain dari itu kita di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 23 orang guru yang berjaya berpindah keluar Terengganu setelah sekian lama berkhidmat di negeri ini. Jasa dan sumbangan cikgu akan dikenang dan menjadi amal jariah berpanjangaan. Kita berdoa guru-guru ini dapat menggunakan pengalaman dari Terengganu sebaik mungkin di negeri lain nanti.

    Dan kepada 53 orang guru yang dapat bertukar antara daerah,tahniah juga kita ucapkan semoga dapat memberi khidmat lebih baik di sekolah baru serta lebih dedikasi kerana mungkin berhampiran keluarga.

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.



    Terima kasih Cikgu


    SEMAKAN KELULUSAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH RENDAH

    1. Kelulusan antara negeri
    2. Lulus keluar Terengganu
    3. Lulus antara daerah


    No comments:

    Post a Comment