Monday, May 24, 2010

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010 akan diadakan di Universiti Darul Iman Malaysia,Kampus KUSZA,Kuala Terengganu pada jam 8.30 pagi,30 Mei 2010 hari Ahad depan.Segala persiapan mengenainya sedang giat dilaksanakan terutama oleh tuan rumah sambutan tahun ini,PPD Kuala Terengganu.

YAB Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu dijangka akan hadir merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru pada tahun ini yang bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa"

Sebentar tadi Mesyuarat JK Induk Perayaan Hari Guru Negeri kali terakhir telah mengkelaraikan segala masalah yang timbul berkaitan perayaan ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan "on the track". Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yakin bahawa segala aktiviti dan apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Beliau juga meminta PPD dan Urusetia Hari Guru Negeri menghantar surat penghargaan terima kasih kepada semua guru yang memberi sumbangan kepada Tabung Hari Guru.

Sehubungan sempena sambutan ini juga,satu aktiviti derma darah dan ujian darah telah diadakan di lobi dan kefeteria Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sambutan daripada warga JPNT sangat menggalakkan. Selain aktiviti berkenaan pelbagai aktiviti lain lagi telah dan akan dilaksanakan. Antaranya:-

  • Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin - 13 Mei 2010 di Masjid Wakaf Tembusu,Kuala Terenggan
  • Gotong Royong Perdana di semua sekolah pada 15 Mei 2010
  • Derma Darah Hari Guru pada 24 Mei 2010 di JPN Terengganu
  • Wawancara Pengarah Pelajaran Negeri dengan Terengganu FM
  • Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru
  • Peraduan Menulis Artikal Pendidikan Kategori Guru
  • Anugerah Tokoh Guru Negeri
  • Pelbagai Anugerah - Guru dan Sekolah
  • Karnival Hari Guru - Pertandingan Futsal,Pidato dan Karaoke - anjuran bersama MSKPP Terengganu pada 27 hingga 29 Mei 2010


No comments:

Post a Comment