Saturday, May 15, 2010

Menjelang Hari Guru Ke 39 - Perasmian Festival Hari Guru 2010

Sebentar tadi YAB Menteri Besar Pahang telah menyempurnakan majlis perasmian Festival Hari Guru 2010
di East Cost Mall. Sehubungan dengan itu juga YAB Menteri Besar Pahang telah menyampaikan hadiah kepada pemenang ucapan paling kreatif sempena Festival Hari Guru 2010 anjuran Utusan Malaysia dan KPM.

Salah seorang peserta negeri Terengganu,pelajar dari SK Tengku Mahmud,Besut telah memenangi hadiah yang dipertandingan oleh pihak penganjur. Tahniah !! Pegawai Pelajaran Daerah Besut,En. Baharuddin bin Ibrahim telah mewakili pelajar berkenaan menerima hadiah dari YAB Menteri Besar,Pahang.

Festival Hari Guru 2010 di ECM telah menyediakan pelbagai aktiviti dan pertandingan kepada pelajar setempat. Selain dari itu pengunjung dapat menyaksikan pelbagai persembahan dan melawat pelbagai gerai pameran yang disediakan oleh penganjur sama ada gerai yang dimiliki oleh agensi kerajaan,swasta atau persendirian. Dijangkakan seramai 15,000 pengujung akan hadir ke festival ini sepanjang tempoh ianya berlangsung.Jom bawa keluarga anda ke ECM ...

No comments:

Post a Comment