Friday, May 7, 2010

Renungan Jumaat - Waspada Terhadap Penyakit Ini


Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a, "Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya;

1. Penyakit bicara adalah bohong,
2. Penyakit ilmu adalah lupa,
3. Penyakit ibadah adalah riak,
4. Penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri,
5. Penyakit berani adalah menyerang,
6. Penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,
7. Penyakit tampan adalah sombong,
8. Penyakit bangsawan adalah membanggakan diri,
9. Penyakit malu adalah lemah,
10. Penyakit mulia adalah menyombongkan diri,
11. Penyakit kaya adalah kikir,
12. Penyakit royal adalah hidup mewah dan
13. Penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…"

Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu;

1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.
2. Malas ketika sendirian.
3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.

Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah;

"Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…"

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: 

"Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu…."

No comments:

Post a Comment