Saturday, January 23, 2010

Ceritera Penempatan dan Pertukaran Guru.......

Situasi sudah semakin tenang. Sahabat saya Penolong Pengarah Pengurusan Guru sudah nampak semakin relek sedikit..Begitu juga Ketua Unit agak tenang sedikit.Tetapi yang pasti uban di kedua-dua kepala pegawai yang sangat dedikasi ini semakin bercambah umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Apa tidaknya hampir dua bulan menguruskan pertukaran dan penempatan guru.Pertukaran dan penempatan guru bukan kerja mudah.Bukan macam campak benih ubi dalam lubang. Banyak dimensi terpaksa dilihat.Ada dasar dan pertimbangan kebijaksanaan yang mesti dipatuhi.

Seribu satu macam karenah guru,suami,isteri,ibubapa guru yang terlibat terpaksa dilayan.Kami di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah sudah lali dan imune dengan kerenah dan situasi seperti ini.Ceritera-ceritera pertukaran dan penempatan ini kalau ditulis boleh jadi "best seller".Memang ada "thrill"nya.Biarlah saya perturunkan beberapa kes untuk renungan kita bersama..

Kes pertama datang seorang guru yang baru bertukar bersama suami dan anak-anaknya. Isterinya tenang sahaja tetapi suami agak "gedebe" . "Berat la saya isteri ngajar Dungun.Punahlah rumahtangga saya " kata suami. Saya yang mendengar mendidih darah. Apa lagi Ketua Unit dan Penolong Pengarah Guru. Tapi bersabar dan tenang. Suami guru ini lupa bahawa ramai isteri-isteri yang bertukar dan posting kat negerinya ini suami mereka bersama anak kecil ada di Perak,Selangor dan sebagainya. Mereka tidak kecohpun  tidak jumpa suami setiap hari atau setiap minggu. Mereka telah bersedia mental dan spritual untuk berkhidmat dan memberi sumbangan.

Kes kedua, unit menerima surat dari seorang menteri berserta salinan surat aduan seorang guru. Guru ini anak Terengganu yang bertukar masuk dari luar. Baru mengajar tiga tahun.Masih sendirian kerana  suami masih belajar. Yang mendukacitanya bukan sahaja tidak bersyukur dan berterima kasih kerana dapat balik negeri berbanding dengan ramai lagi rakan anak Terengganu yang berbelas tahun menunggu untuk balik tetapi menulis surat kepada seorang menteri dengan fakta bohong dan menuduh pengarah dan JPN serta meminta menteri keluar arahan bertulis minta pengarah sokong balik dia bertukar  ke Kuala Terengganu.Kami menerima surat ini selepas menempatkan suaminya lepasan KPLI sepuluh kilometer dari sekolahnya.Sekolah di Terengganu kecuali SK Pulau Perhentian dan SK Pulau Redang boleh dihubungi dengan kenderaan dan tiada satu sekolahpun yang dibina kerajaan untuk mengajar selain dari murid-murid.

Kes ketiga seorang guru yang diluluskan bertukar  dari luar Terengganu sudah sebulan tidak melapor diri. Alasannya  Guru Besar lamanya tidak benarkan kerana sayangkannya serta JPN menempatkan lain kawasan yang dipohon. Bahkan Guru Besar mencadangkan guru ini datang mengamuk di JPN Terengganu kerana tidak menempatkan di daerah yang dipohon guru tersebut. Kelakar.Spesis jenis apa Guru Besar ini.Ramai di JPN Terengganu ni bekas guru besar yang hebat dan cemerlang.Saya juga bekas guru besar selama berbelas tahun.Habis gred dah.Tetapi tidak ada dalam kaedah pengurusan membenarkan guru yang telah bertukar terus mengajar di sekolahnya. Dari mana punca kuasa dia membenarkan guru ini terus berada di sekolahnya. Nasib baik Guru Besar ini bukan berada di Terengganu Darul Iman. Dan guru ini juga macam budak tadika.Seolah tidak boleh berfikir mana tindakan yang betul atau salah. Hingga posting ini dibuat guru ini masih belum melapor diri.

Cukuplah untuk sekadar renungan. Banyak lagi peristiwa yang kami tempuhi dalam melayan karenah pertukaran dan penempatan guru. Kadang-kadang guru berkenaan ok dan rilek sahaja tetapi manusia di sekelilingnya berlebih-lebih. Dalam kes di atas Unit Penyeliaan Sekolah Rendah bukan suka-suka nak letak guru tetapi penempatan mereka berdasarkan perinsip-perinsip berikut:-
  • Mengisi perjawatan di sesebuah sekolah berkenaan
  • Memenuhi keperluan opsyen
Bagi mereka yang bertukar mereka telah menyatakan persetujuan di tempat di daerah lain jika daerah yang dipohon tidak dapat dipenuhi.Dalam akujanji telah ditulis kesediaan menerima arahan dan ditempatkan di manap-manapun yang khidmat mereka diperlukan.Mengapa kecoh ?Bersyukurlah!Marilah kita letak niat dan tekad dalam kerjabuat kita," Murid didahulukan,pencapaian diutamakan"



“Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan Segala    nikmatNya kepadaMu)". dan sesiapa Yang bersyukur maka   faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji
Surah Luqman Ayat: 12



Slide 3


4 comments:

  1. Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai di Unit Sekolah Rendah JPNT. Gambaran justifikasi pertukaran dan penempatan guru-guru Sekolah Rendah menampakkan laluan ke arah 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan'.Warga guru yang menerima berita penempatan setelah berjaya dalam proses pertukaran kadangkala berfikir di luar kewarasan. Mereka sebenarnya tahu dan amat maklum akan maksud 'KEPERLUAN PERKHIDMATAN' bagi menyusun rangka penempatan. Tentulah para pegawai di Unit Sekolah Rendah tidak akan membelakangkan sama sekali aspek kemanusiaan. Namun sudah pasti mereka akan BERDOSA kerana mengabaikan keperluan murid-murid di sekolah-sekolah bukan kawasan popular pilihan guru-guru. Dalam hal ini, saya fikir Ketua Unit dan anak buahnya telah bertindak bijak melayan setakat yang termampu kehendak guru-guru dengan tidak sedikitpun membelakangkan keperluan murid-murid. Saya yakin sekiranya dasar ini dipertahankan, soal kekurangan guru di sesebuah sekolah atau isu opsyen guru yang tidak seimbang di sesebuah daerah akan berjaya dikurangkan. Berbalik kepada ceritera yang ditonjolkan oleh pengendali blog ini, saya boleh membayangkan betapa ada guru-guru pada hari ini yang meletakkan keutamaan diri, kepentingan diri/keluarga, keselesaan menjalani kehidupan di kampung halaman menjadi pertaruhan UTAMA kepada mereka. ekoran daripada mentaliti beginilah yang menjadi punca mengapa tiga kisah pertukaran guru yang dipaparkan ini telah terjadi. Kepada semua warga guru, mereka perlu sedar PERKHIDMATAN mereka bukan hanya di persekitaran rumah mereka sahaja. Bukan juga di daerah-daerah popular sahaja. Juga tidak di bandar-bandar sahaja. Namun PERKHIDMATAN mereka diperlukan di seluruh pelusok negeri dan negara. Sedarlah wahai guru-guru, bahawa kerajaan melatih guru kerana adanya murid-murid yang perlukan PERKHIDMATAN mereka. Desebabkan adanya murid, maka adanya guru. Tanpa murid, sudah pasti khidmat guru tidak diperlukan.

    ReplyDelete
  2. Selamat Pagi.. "Dalam hidup terkadang kita lebih
    banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan.Dan
    ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan ,
    akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan
    terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi
    lebih bahagia".Penempatan & Pertukaran Guru;satu
    perkara untuk direnungi,dihayati malah untuk diterjemahkan dalam 'perjalanan' sebagai guru.
    Sependapat dengan Admin dan Kamal.Untuk yang baru memulakan tugas sebagai guru di Terengganu
    Anjung Ilmu diucapkan Tahniah!InsyaAllah .. akan terdetik betapa bersyukur dapat mendidik anak-
    anak Terengganu.Andai jarak kekangannya mungkin ianya sekadar ujian 'perjalanan' sebagai guru.
    16Januari2009-demi untuk melunaskan cita-cita
    memulakan tugas di SK Saujana,Setiu.180km setiap hari pergi-balik dari kediaman-SKS.Dua pilihan :
    menerima jawatan GPK atau teruskan sebagai guru penolong.Alhamdulillah kembali semula ke KT..
    KTS~KTU.Setiap kita berbeda dalam pelbagai , saya meletakkan 'perjalanan'adalah 'pengalaman'
    adalah pengajaran yang berharga untuk saya berusaha mencapai keazaman dan kejayaan.
    Mohon diri dan maaf kiranya tersilap kata.
    Tugas dan tanggungjawab .. 25km..mm..

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera. Ini kali pertama saya terdetik untuk menulis komen dalam blog ini. Sebagai guru di sebuah sekolah agak pedalaman di daerah Dungun, saya rasa terpanggil untuk turut melontarkan buah fikiran. Khususnya dalam hal yang digambarkan oleh penulis blog ini. Pertamanya saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pelaksana dasar di JPNT. Simpati saya kepada murid-murid di kawasan pedalaman bukan sedikit. Apatah lagi apabila mendengar desas-desus kelebihan guru-guru opsyen tertentu di daerah tertentu. Sedangkan opsyen yang dimaksudkan itu tidak dibekalkan di sekolah kawasan pedalaman. Amat malang kepada murd-murid yang sepatutnya mendapat ilmu daripada guru-guru yang bersesuaian tetapi sebaliknya berlaku.

    ReplyDelete
  4. bodor kepar penulisan, apakah makna kontrak perkhawinan kalau sekor di sabah dan sekor di terngganu. Siapa yang patut menyirap. Perkhidmatan rela ditugas dimana saja? Bagaimana kalau anak murid saja yang dari mana pun datang rumah untuk belajar adalah lebih baik dari sekolah yang jauh dari keluarga berbelas tahun. Macamlah si penulis ni tak kahwin.

    ReplyDelete