Wednesday, May 12, 2010

Menjelang Hari Guru Ke 39 - Najib tanda tangan kad ucapan Hari Guru

2010/05/12
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan kad ucapan Hari Guru kepada jemaah menteri selepas menandatangani kad itu sebagai tanda terima kasih kepada khidmat bakti guru-guru di seluruh negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Kad ucapan berukuran 24x16 inci itu akan disampaikan oleh Muhyiddin kepada wakil guru ketika sambutan Hari Guru Ke-39 pada Ahad ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang.-Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menandatangani kad ucapan Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Ahad ini, di pejabatnya di sini.

Turut menandatangani kad itu ialah timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet yang lain pada jam 9.30 pagi sebelum mesyuarat mingguan Kabinet bermula.

Acara menandatangani kad ucapan berukuran 24 x 16 inci itu dibuat sebagai tanda terima kasih Perdana Menteri bersama timbalannya dan menteri-menteri Kabinet kepada khidmat bakti guru-guru di seluruh negara.

Sebaik saja menandatanganinya, Najib bersama Muhyiddin serta menteri Kabinet menyampaikan ucapan ringkas dengan mengucapkan "Selamat Hari Guru, cikgu...".

Kad yang ditandatangani itu akan disampaikan oleh Muhyiddin kepada wakil guru ketika sambutan Hari Guru Ke-39 pada Ahad ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang. - Bernama

No comments:

Post a Comment