Sebahagian besar hotel-hotel utama di sekitar bandar Kuantan telah dipenuhi oleh delegasi negeri seluruh negara bagi meraikan Pelancaran Sambutan Hari Guru Kebangsaan Kali 39 esok.Kebanyakan delagasi atau peserta telah tiba semalam. Begitu juga dengan rombongan dari Terengganu. Kami tiba semalam dengan 40 orang anggota dan menginap di Shahzan Inn,Kuantan.
Pengarah Pelajaran Terengganu,Timbalan Pengarah,Ketua-Ketua Sektor dan anggota rombongan telah tiba di hotel penginapan bermula tengah hari hingga lewat petang. Suasana sambutan Hari Guru dapat dirasai melalui banner,sepanduk dan bas-bas serta kenderaan jabatan pendidikan dari seluruh negara.
Pagi ini akan diadakan Pelancaran Festival Hari Guru di East Cost Mall oleh YAB Menteri Besar Pahang. Kita akan melaporkan dari masa ke semasa Suasana Menjelang Sambutan Hari Guru Ke 39 dari Kuantan ,Pahang Darul Makmur...
No comments:
Post a Comment