Saturday, May 15, 2010

Menjelang Hari Guru Ke 39 - HADIAH ISTIMEWA UNTUK CIKGU

SAYA ada terbaca dalam Internet tentang coretan hati seorang guru wanita. Bagus kalau dapat kita hayati keikhlasan guru itu. Bagi guru itu, meraikan Hari Guru bukan untuk diri sendiri sebaliknya berkongsi kegembiraan bersama anak murid. Bukan hadiah yang diinginkan. Hanya sebuah rasa gembira. Gembira bersama anak murid tercinta apalagi yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang dan akhlak yang terbilang.

“Cikgu memang nak sangat hadiah tu... nak sangat-sangat! Kalau tanya cikgu nak hadiah apa.. itulah jawapan cikgu. Kejayaan kamu... kebanggaan cikgu. Kegagalanmu... kepincangan cikgu.

“Cikgu tak mengharapkan A daripada kamu semua. Kalau ada.. alhamdulillah. Cikgu mahu kamu semua lulus supaya cikgu tahu yang selama ini cikgu tak syok sendiri. Lakukan yang terbaik... bukan hanya untuk cikgu... tapi untuk diri dan keluargamu. Mulakan dengan doa. Jangan lupa mohon maaf terlebih dahulu daripada kedua-dua orang tuamu.

“Cikgu sentiasa halalkan ilmu yang cikgu curahkan. Sehabis usaha daripada kamu semua adalah hadiah yang paling bernilai cikgu terima,” kata guru tersebut.

TERHARU
Kuala Lumpur

Sumber : Forum Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment