Pada tahun 2010, JPN Terengganu telah menerima senarai pemangkuan DGA29 ke gred DGA32 untuk mengisi jawatan Guru Penolong Kanan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM seramai 44 orang calon SK dan 3 orang calon SJKC. Mereka ini telah diluluskan pemangkuan oleh BPSM daripada 78 permohonan yang dikemukakan pada tahun 2009.
Semua calon pemangkuan DGA32 hakiki ini telah habis ditawarkan pada 16 Mei 2010. Daripada 44 calon SK 9 menolak tawaran.Manakala 3 calon SJKC menerimanya. Penolakan kepada tawaran dikenalpasti di mana ada calon tidak yakin menjawat jawatan GPK dan tidak sanggup bertukar dari sekolah asal. Terkini tiga kekosongan GPK di daerah Hulu Terengganu tidak dapat diisi kerana ketiadaan calon.
Walau bagaimanapun JPN Terengganu telah mengambil langkah mengatasi keperluan pengisian GPK hingga akhir tahun ini dengan memperakukan seramai 109 orang calon guru DGA32 (KUP) Time Base kepada BPSM pada 5 April 2010. Calon-calon ini telah memenuhi kreteria yang ditetapkan dan disenarai oleh pihak sekolah masing-masing pada akhir tahun 2009. Mereka kemudian dipilih oleh panel di peringkat PPD masing-masing dan seterusnya disaring peringkat panel JPN dan diperakukan oleh Unit Naik Pangkat JPN Terengganu ke BPSM.
BPSM akan menyusun mengikut rangking keutamaan berasaskan prestasi tiga tahun dan merperakukan untuk kelulusan penawaran kepada mereka yang tersenarai.Kekosongan jawatan GPK hingga 31 Disember 2010 di sekitar 28 jawatan sahaja. Ini bermakna tidak semua dari 109 orang akan dapat ditawarkan jawatan GPK kerana tempoh lakusah senarai hingga 31 Disember 2010. Kita tidak tahu berapa ramaikah daripada 109 calon yang akan diluluskan oleh BPSM tetapi yang pasti hingga 31 Disember 2010 kita mempunyai calon GPK yang mencukupi.
Apa yang penting dan perlu difahami bahawa mereka yang berada pada gred DGA32(KUP) Time base masih berpeluang mengisi jawatan pentadbir jika mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang.Kedua,mereka juga pada DGA32(KUP) Time base sebenar telah berada dalam gred jawatan naik pangkat oleh itu bila mereka ditawarkan ke jawatan hakiki GPK atas gred yang sama gaji mereka tidak berubah seperti mereka yang berada pada gred DGA29 ke gred DGA32 haiki. Mereka pada gred DGA32(KUP) Time Base apabila menerima jawatan hakiki GPK pada gred yang sama akan menerima Elaun GPK sebanyak RM60.00 sebulan.
Walaupun dari segi mata gaji tidak berubah tetapi perubahan taraf jawatan dari Guru Penolong ke Guru Penolong Kanan besar maknanya. Jawatan GPK adalah jawatan hakiki dan jawatan hakiki berkiat rapat dengan 'kuasa" serta peluang diberi "keutamaan" dalam prinsip baru naik pangkat untuk laluan naik pangkat ke gred hakiki lebih tinggi. Justru itu apabila nama anda telah disenarai dan layak untuk ditawarkan ,janganlah pula menolak kerana sedikit alasan kerana jika anda menolak anda munafik kepada diri sendiri dan anda menganiayai rakan-rakan anda yang sangat berminat tetapi tidak tersenarai atau tersenarai tapi tidak sempat ditawarkan.
No comments:
Post a Comment