Friday, May 21, 2010

Renungan Jumaat - Guru Yang Paling Saya Hormati

Kita masih dalam suasana Menyambut Hari Guru. Oleh itu dalam ruangan Renungan Jumaat kali ini saya perturunkan satu petikan karangan seorang murid yang menggambarkan sifat dan watak seorang guru yang diingini murid, yang saya ambil dari http://cikgusoo.tripod.com. Sama-samalah kita hayatinya....

Saya adalah murid darjah 6B. Ramai guru yang mengajar kami. Di antara guru-guru ini, guru yang paling saya hormati ialah Cikgu Soo.

Cikgu Soo adalah seorang guru lelaki yang berumur lebih kurang 25 tahun. Dia mengajar kami Bahasa Melayu. Dia tidak pernah menunjukkan muka garang di dalam bilik darjah.

Dia mengajar kami dengan penuh sabar. Oleh sebab itu semua murid berminat dalam pelajaran Bahasa Melayu.

Apabila kami menghadapi masalah dalam pelajaran, Cikgu Soo akan menolong kami tanpa sebarang rungutan. Dia tidak pernah mendenda murid yang lemah dalam pelajaran.

Sebaliknya, dia akan menasihatkan murid yang lemah itu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Di bawah bimbingan Cikgu Soo, kami mendapat markah yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Semua murid sayang dan hormat kepada Cikgu Soo, sebab dia adalah seorang guru yang peramah dan bertimbangrasa.

2 ulasan:

DzulYahya said...

Dari satu sudut mmg begitulah yg dikehendaki kpd semua guru. Namun byk perkara perlu diteliti mengenai "Cikgu Soo" ini. Oleh kerana "Cikgu Soo" ini adalah seorang manusia, sudah tentu keperluan2 kehidupan sebagai seorang manusia perlu dinilai.

Mengapakah "Cikgu Soo" dilihat agak stabil emosinya kerana selain daripada faktor personaliti individu, faktor2 lain juga perlu diambil kira:

1. Barangkali tempat mengajar beliau mmg berdekatan dengan ahli keluarganya.
2. Barangkali sekolah tempat beliau bertugas semmgnya mempunyai persekitaran masyarakat yg dinamik serta kemudahan yang sempurna.
3. Barangkali persekitaran kehidupan beliau berada dalam keadaan yang selesa dari segi infra dan sebagainya.
4. Barangkali beliau bertuah kerana berada di bawah pengurusan sekolah yang baik serta rakan2 sejawat yg saling bekerjasama.
5. Barangkali beliau telah mendapat peluang menghadiri kursus2 lanjutan mengenai pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Rumusan : Faktor2 bagi kejayaan karaktor seorang guru sebenarnya terlalu kompleks seperti mana kompleksnya untuk membincangkan faktor2 kejayaan sesebuah sekolah. Perlu diakui untuk memenuhi kepuasan semua orang bukanlah satu perkara yang mudah. Walaubagaimanapun, 3 bintang boleh diberikan kepada artikel di atas. Terima kasih.

Cikgu Md Zaidi said...

Saya amat bersetuju dengan komen di atas.Bila guru sempurna,maka kerjanya sempurna.

Post a Comment