Sunday, May 16, 2010

Tahniah Pn. Hajah Ainon Jamilah Mohd Ali - Tokoh Guru 2010

Negeri Terengganu sewajarnya berbangga kerana pada tahun 2010 ini seorang lagi anak watan bumi Terengganu telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2010 setelah Yang Berbahagia Dato'Cg Rahim Tahir menerima gelaran yang sama pada Tahun 2009 semasa Pelancaran Perayaan Hari Guru Ke 38 yang diadakan di Taman Tamaddun Islam,Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.

Puan Hajah Ainon Jamilah Mohd Ali mantan Pengetua Cemerlang,SMK Padang Midin,Kuala Terengganu telah memulakan perkhidmatan sebagai pendidikan pada 7 Januari 1971 sehinggalah bersara pada 5 Disember 2004.

Keupayaan dan semangat tinggi beliau telah memberi impak besar kepada kecemerlangan dunia pendidikan khususnya di negeri Terengganu. Semasa menjadi pengetua di SMK Tengku Lela Segara,Marang beliau telah berjaya memimpin sekolah ini mengapai Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran dan Naib Johan Sekolah Harapan Negara. Beliau juga pernah mengungguli pemenang Guru Inovatif Berkumpulan Peringkat Kebangsaan.

Kesinambungan kepimpinannya seolah-olah mengiringi ke mana sahaja beliau pergi apabila SMK Padang Midin di bawah kepimpinannya telah berjaya menggungguli Naib Johan Sekolah Harapan Negara pada tahun 2002.

Beliau sangat mencintai dunia pendidikan dan sentiasa memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung. Beliau antara 1998 hingga 2004 telah memimpin PKPSM Negeri Terengganu dengan menjawat jawatan sebagai Yang DiPertua.Beliau menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pendidikan dan membentangkan kertas kerja di peringkat negeri dan kebangsaan.

Kini walaupun secara rasmi telah bersara dalam dunia pendidikan tetapi masih lagi aktif dalam kegiatan NGO seperti masih menjadi Pengerusi Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Malaysia Cawangan Kuala Terengganu dan Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Terengganu.

Kecintaan mendalam kepada dunia pendidikan disemarakkan lagi kerana suami beliau tersayang Tuan Haji Haris Hamidon,mantan PPD Dungun/Marang juga seorang pencinta ilmu dan pendidikan..

Tahniah Cikgu,Terima Kasih Cikgu,Pendidikan Terenngganu berbangga dengan cikgu !!!

1 comment:

  1. Puan Ainun Jamilah pernah menyembunyikan surat tawaran saya untuk sambung belajar ke MRSM masa tingkatan 4. Sampai sekarang saya rasa terkilan Dan susah utk memaafkan.

    ReplyDelete