Thursday, May 13, 2010

Menjelang Hari Guru Ke 39 - Sembahyang Hajat,Bacaan Yasin Peringkat Negeri

'Jika sesiapa memuliakan orang yang berilmu,bermakna dia memuliakan aku ( Muhamad SAW).Dan sesiapa yang memuliakan aku bermakna dia memuliakan Allah.Dan sesiapa yang memuliakan Allah,dia akan dibalas shurga" demikianlah antara maksud satu hadis yang dibaca oleh Pensyarah Universiti Darul Iman Malaysia,Kampus KUSZA dalam tazkirah Majlis Sembahyang Hajat,Bacaan Yasin dan Tahlil Peringkat Negeri sempena Perayaan Hari Guru Kebangsaan dan Negeri 2010 di Masjid Wakaf Tembesu,Kuala Terengganu.

Majlis bekenaan dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah bersama 2,500 orang tetamu.Kemudian dikuti dengan Solat Hajat,Bacaan Yasin,Tazkirah , sembahyang Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan.

Pengarah Pelajaran Terengganu,Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong dan Timbalan Pengarah Pelajaran En. Razali bin Daud turut hadir bersama dengan Ketua-Ketua Sektor,PPD,warga pendidikan dan para pelajar.Turut serta meraikan majlis berkenaan Yang Berhormat,Tuan Haji Ramli bin Haji Noh,Adun Tepoh serta Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. Tidak ketinggalan mantan Pengarah Pelajaran Terengganu,Tuan Haji Draman bin Muda selaku Pengerusi JK Masjid Wakaf Tembesu turut  bersama.

Pengarah Pelajaran dalam ucapan aluannya merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis berkaitan terutama JK Masjid Wakaf Tembesu yang sentiasa memberi sokongan menjaya pelbagai program pendidikan JPN di masjid tersebut.

1 comment:

  1. Tahniah Kepada En Mohd Laizm Penyelia Cemerlang Unit Sekolah Rendah JPNT kerana cepat menyaiarkan berita sambutan hari Guru_ Sembahyang Hajat di Masjid Wakaf Tembesu.

    ReplyDelete