Sunday, May 16, 2010

Pelancaran Perayaan Hari Guru Ke 39 Peringkat Kebangsaan 2010

Pelancaran Hari Guru Ke 39 Peringkat Kebangsaan 2010 yang bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" telah selamat sempurna dilancarkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Kompleks Sukan,Universiti Malaysia Pahang,Kuantan,Pahang Darul Makmur pagi tadi.

Acara tahunan menghargai jasa dan pengorbanan guru itu, turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang,Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan,KSU KPM,Ketua Pengarah Pelajaran,pegawai-pegawai kanan KPM,Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri serta delegasi kaum guru seluruh negara.

YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan perkara-perkara berikut dalam ucapan beliau :
  •  Mengurangkan beban tugas guru melalui pendekatan;  
         1.1 Mengurangkan jumlah jawatankuasa diperingkat sekolah
         1.2 Mengkaji semula kekerapan peperiksaan dalaman di sekolah
         1.3 Menyusun semula tugas perkeranian dan tugas hakiki guru
         1.4 Kursus-kursus guru akan diselaraskan oleh KPM
         Garis panduan terperinci akan dikeluarkan
  •  Insentif Laluan Kerjaya 
          1.1 Menambah bilangan naik pangkat hingga 2010
                kepada 25,310 jawatan iaitu 15,320 bagi PPS
                dan 9,990 PPLD melalui kenaikan secara Time Base,
                Guru Cemerlang dan Secara Hakiki
          1.2 Urusan Naik Pangkat Gred DG44 dan DG48
                diberi kebenaran oleh JPA untuk diuruskan oleh KPM
          1.3 Guru-guru yang mempunyai ijazah Phd akan diberi satu
                kenaikan gred

Selain dari itu YAB Timbalan Perdana Menteri juga mengumumkan insentif berupa wang tunai
kepada Pengetua,Guru Besar dan guru-guru yang mencapai KPI yang disasarkan di bawah progran
New Deal yang diperkenalkan.

Majlis Pelancaran Hari Guru Ke 39 Peringkat Kebangsaan 2010 telah diakhir dengan penganugerahan Tokoh Kepimpinan dan Tokoh Guru Kebangsaan 2010. Mereka yang menerima anugerah ialah :
  • Professor Dato' Dr.Ibarahim Ahmad Bajunid (Tokoh Kepimpinan Pendidikan)
  • Tuan Haji Awang bin Mohammad (Tokoh Guru Kebangsaan - Kelantan)
  • En. Encharang Ages (Tokoh Guru Kebangsaan - Serawak)
  • Y.Bhg Dato' Chung Keng Kung (Tokoh Guru Kebangsaan-Pulau Pinang)
  • Pn.Hajah Ainun Jamilah binti Mohd Ali (Tokoh Guru Kebangsaan -Terengganu)
Tahniah dan Syabas..Terima Kasih Cikgu


No comments:

Post a Comment