Sunday, May 16, 2010

Menjelang Hari Guru Ke 39 - JAMAUAN MAKAN MALAM NEGERI "Selera Indrapura"

Jamuan Makan Malam Negeri ,'Selera Indapura' telah sempurna diadakan di Dewan Jubli Perak,Sultan Haji Ahmad Shah,Jalan Teluk Sisik,Kuantan sebentar tadi. Majlis penuh meriah dan gemilang telah diserikan dengan persembahan Orkestra Guru,Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Majlis Jamuan Makan Malam Negeri,"Selera Indrapura" telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Pahang se bagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis berkenaan serta pelancaran Hari Guru Ke 39,Peringkat Kebangsaan 2010 esok kata Pengarah Pelajaran Negeri Pahang .

Majlis jamuan  yang disertai hampir 2,000 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Haji Adnan bin Haji Yaakub,Menteri Besar Pahang dan isteri serta Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran,KSU Kementerian Pelajaran,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ,pegawai-pegawai kanan KPM dan delegasi setiap negeri.

Sempena majlis berkenaan,YAB Menteri Besar Pahang telah melancar empat buah buku dan menyampaikan Anugerah Guru Inovatif , Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas dan Guru Cemerlang Kurang Upaya sempena perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan  2010.

Tahniah kepada semua pemenang dan tahniah kepada JPN Pahang serta Terima Kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Pahang atas sumbangan yang sangat besar dan bermakna kepada kaum guru..

No comments:

Post a Comment