Sementara bagi mereka yang berjawatan hakiki seperti Guru Besar,GPK,Guru Cemerlang dan seumpamanya permohonan pertukaran antara negeri mestilah secara offline berdasarkan borang khas(boleh didapati pada ruangan "download" blog ini) dan dihantar melalui JPN untuk dipanjangkan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Bagi pertukaran yang berjawatan hakiki sama ada antara daerah dan dalam daerah hendaklah mengemukakan borang melalui PPD dan kelulusan hanya oleh Panel Pertukaran JPN sahaja.Perkara utama kelulusan pertukaran jawatan hakiki adalah kekosongan yang ujud. Sama ada kekosongan tersebut disebab pertukaran penyandang ke luar,bersara atau kematiaan.
Pertukaran pemegang jawatan hakiki tidak terikat kepada musim pertukaran guru biasa 1 Jun dan 1 Jan.Ianya boleh berlaku bila-bila masa jika ada kekosongan.
Pertukaran yang dinyatakan di atas adalah pertukaran secara permohonan. Pertukaran jenis ini bergantung kepada keperluan dan kekosongan jawatan. Mungkin ianya boleh jadi jauh atau dekat sekolah dengan tempat tinggal pemohon. Adalah sangat penting untuk menyatakan sanggup / tidak sanggup ditempatkan di sekolah atau daerah lain dalam borang E-GTukar jika sekolah atau daerah dipohon tidak dapat dipenuhi. Jika pemohon menulis tidak sanggup maka ia akan merendahkan keutamaan untuk diluluskan pertukaran
Satu jenis pertukaran lagi ialah pertukaran yang diarah "atas kepentingan perkhidmatan".Pertukaran jenis ini selalu menjadi isu dan polimik. Macam-macam surat iringan rayuan dari berbagai peringkat dikemukakan. Kadang-kadang mereka lupa atau buat lupa perbuatan mereka itu bercanggah dengan
Peraturan 4(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh -
“(h) membawa atau cuba membawa ap-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain.”
Tindakan Ekoran Menggunakan Pengaruh Luar ,PPPS, PPPLD DAN AKS di bawah KPM akan diambil tindakan PROSIDING TATATERTIB
Pertukaran berasakan "kepentingan perkhidmatan" dengan meletakkan kepentingan murid sebagai keutamaan.Contohnya guru tidak cukup dan opsyen berkaitan diperlukan maka sesorang itu diarah bertukar bagi mengisi keperluan berkenaan.Bagi mereka yang berjawatan pertukaran atas kepentingan perkhidmatan bagi menampung kesimbangan kekuatan pasukan,masalah kesihatan,pusingan kerja dan pelbagai perkara lagi. Namun apa yang sangat mendukacita dan meloyakan kita mereka yang ditukar lebih dekat dengan tempat tinggal pun turut bising apa lagi jika jauh sedikit dari tempat asal. Kerenah tidak profesional ini sewajarnya tidak dilayan oleh mana-mana pihakpun.
Kita sangat berharap selepas ini tidak ada lagi isu remeh temeh berhubung pergerakan dan pertukaran ini. Jika kita bersyukur dengan kerjaya kita,profesional dengan kerjabuat kita dan mengutamakan murid dalam tugas mendidik kita isu pertukaran tidak berbangkit langsung walau sekelumit...
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
(Allahyarham Dato'Dr.Usman Awang)
No comments:
Post a Comment