Justru itu berdasarkan tempuh masa dan kedudukan penyertaan setiap negeri terkini sasaran 1 juta ini tidak akan tercapai. Setakat ini hanya Perak dan Terengganu sahaja yang penyertaan melebihi 41,000.Kita mungkin boleh mecari seribu alasan dan hujah bagi mencari sebab mengapa sasaran kempen ini tidak mencapai sasaran.
Sekadar berkongsi sedikit pengalaman kami di Terengganu,begitulah tanggapan umum dan awal tentang ujian ini.Kami di JPN Terengganu khususnya hanya tahu sedikit mendalam selepas diberi taklimat oleh Dr.Ros,Ketua Unit Permatapintar,KPM.Masa itu penyertaan Terengganu hanya 3,000 lebih.Tahun lepas kami diberitahu penyertaan Terengganu hanya 7,000 orang lebih.Pada hari yang sama taklimat itu pada 15 April 2010 kami memulakan gerakan.Antaranya:-
- penubuhan pasukan khas melibatkan pegawai JPN dan PPD
- menyebar dan menyeru sekolah,murid dan masyarakat melalui blog ini
- update penyertaan negara dan negeri Terengganu setiap hari melalui blog
- memaklum melalui web jabatan dan web ppd
- menghantar makluman dan galakan kepada sekolah melalui email
- menghubungi sekolah melalui telefon dan memperbetulkan salah faham tentang ujian ini
- memaklumkan kepada guru dan pengurus sekolah melalui mesyuarat dan perjumpaan
Strategi berkenaan yang konsisten berserta dengan semangat besaing secara sihat serta kesedaran memberi peluang sewajarnya kepada pelajar menjadikan Terengganu pernah beberapa hari menjadi juara setelah dirampas semula oleh Perak.Walaupun sebelum tiba ke garis penamat Isnin 31 Mei 2010,jam 12.01 malam kita akan tahu siapa JUARA sebenarnya...
No comments:
Post a Comment