Wednesday, February 27, 2013

Sekolah Bawah Jambatan Di India


Tatkala saya menulis post ini, air mata sudah pun berlinangan di kelopak mata saya, saya bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman dan makmur malah stabil dari segi ekonomi. Cuba kita lihat gambar di bawah ini, bertapa peritnya kanak-kanak “sampah” di New Delhi untuk menuntut ilmu, kanak-kanak ini tiada ibubapa malah tiada tempat tinggal, syukur kepada tuhan kerana masih ada insan yang berhati mulia sanggup menebarkan bakti untuk mendidik anak-anak ini. Jika di Malaysia, gurulah yang paling kita benci, harta benda guru menjadi mangsa luahan perasaan pelajar yang tidak puas hati, anda patut bersyukur kerana masih ada guru. Rajesh Kumar Sharma dan Laxmi Chandra merupakan insan yang tidak pernah mengenal erti penat dah lelah dalam mendidik anak-anak buangan ini, mereka mewujudkan sebuah sekolah secara percuma untuk anak-anak ini dan tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Sifat seperti ini harus kita contohi :’)




3 comments:

  1. Ini lah baru dikatakan cikgu berkorban.memanfaat ilmunya sepenuhnya..taklah kepakaran tu tersimpan kemah keming (kata ust azahar hehe)
    ABE

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Memetik catatan dari blog saya.... Di Malaysia sekolah banyak, pelajar yang kaki ponteng pun ramai!

    Bacaan seterusnya boleh klik link berikut:
    Sekolah Terletak Di Bawah Jambatan

    ReplyDelete
  3. Marilah kita...para pelajar dan guru-guru di bumi bertuah Terengganu Malaysia ini mengambil iktibar di atas catatan ini. Bersyukurlah dengan nikmat yg telah kita kecapi...

    ReplyDelete