Program berkenaan berupa bengkel dan taklimat persediaan sekolah ke arah SBT melalui strategi mempertingkatkan band sekolah. Dasarnya hanya sekolah Band 1 sahaja yang layak dicalonkan sebagai SBT. Justru itu program ini difokus kepada sekolah rendah dan menengah Band 2 sahaja dengan harapan mereka mampu melakukan tranformasi untuk bergerak ke Band 1 agar mereka layak memenuhi syarat utama pencalonan SBT. Selain dari itu terdapat segelintir sekolah Band 2 mempunyai potensi seperti mempunyai "towering personality" yang mantap serta pelbagai keistimewaan lain yang boleh dipugar menjadi SBT. Sebanyak 16 buah SM (Band 2, 2011) dan 149 SR (Band 2, 2012) terlibat.
Program Kelestarian SBT Terengganu ini akan diadakan sebagaimana berikut:
- Tarikh : 25 Februari 2013 ( Isnin)
- Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
- Tempat : Dewan Besar, BTPN Terengganu.
- Peserta : Guru Besar dan Pengetua Sekolah Band 2
- Pendaftaran : 8.00 pagi
- Pakaian : Kerja
Adalah menjadi harapan besar kita pimpinan sekolah Band 2 mampu melihat peluang dan hala tuju ke arah SBT. Kefahaman,kejelasan dan kecerahan jalan ke arah SBT melalui program ini memudahkan sekolah membina perancangan strategik yang tepat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment