Friday, February 8, 2013

Mesyuarat Penyelarasan KEDAP Tahun 2013

PUTRAJAYA - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selaku urusetia Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasaan KEDAP 2013 bersama-sama JPN Negeri, JAKOA, BPK, IPGM, Bahgaian Kewangan dan Akaun semalam di Bilik Mesyuarat , Bahagian Pendidikan Khas,KPM.

En. Suhaimi Sapari selaku koodinator program ini telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. KEDAP pada tahun ini akan bermula lebih awal iaitu 1 April 2013 di mana waran sebanyak RM56,000 bagi setiap buah sekolah bagi tujuan yang ditetapkan dalam garis panduan pelaksanaan telah dirurunkan. Jabatan Pelajaran Negeri diminta mengagihkan waran berkenaan kepada sekolah terlibat pada awal Mac. Program ini akan dilaksanakan 3 hari seminggu selama 75 hari kepada ibubapa pelajar anak Orang Asli yang dipilih berdasarkan kreteria yang digariskan.

Secara umumnya garis panduan pelaksanaan KEDAP masih tidak berubah walau bagaimanapun pelbagai penambahbaik akan dilaksanakan terutama dari segi kurikulumnya. Pada tahun 2013 ini kurikulum KEDAP akan memperkenalkan modul baru Asas Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Asas Bahasa Inggeris akan menggunakan 1 jam peruntukan Matematik dan TMK akan diserap dalam mata-mata pelajaran lain secara tindak langsung. Satu kursus KEDAP akan dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru kepada guru-guru KEDAP pada awal Mac nanti. Sementara itu Bahagian Pembangunan Kurikulum akan sentiasa kemaskini modul berkaitan dan akan upload pada web BPK nanti.

Sementara pemantauan KEDAP akan dilaksanakan antara Mei - Jun dan September-Oktober 2013 dan Bahagian Pendidikan Guru membantu menyediakan format pemantauan yang lebih baik. Laporan kehadiran, kewangan dan prestasi kewangan serta prestasi peserta akan dilaksanakan dengan lebih objektif dan semua sekolah Asli terlibat perlu memberi kerjasama sepenuhnya agar setiap sen yang dibelanjakan kerajaan atau KPM bagi program memberi impak dan pulangan sewajarnya.

Pihak JPN negeri akan mengadakan mesyuarat dan taklimat dengan pegawai PPD, Jakoa Negeri dan Guru Besar Sekolah Asli bagi menyelaras program KEDAP  negeri. Kita berharap susunan kerja yanmg lebih sistematik, jelas hala tuju dan pelaksanaan yang bersungguh-sungguh dari semua terlibat satu transformasi minda kalangan ibubapa dan masyarakat Asli tentang pentingnya pendidikan anak-anak dapat dizahirkan.


No comments:

Post a Comment