PORT DICKSONS - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM melalui Unit Pembangunan Murid Orang Asli dan Pribumi mengadakan mesyuarat berkenaan dari 26 - 28 Februari 2013 di Corus Paradise Hotel di Port Dicksons, Negeri Sembilan. Murid ini melibatkan Pegawai Meja Asli di JPN Negeri , Bahagian Pembangunan Kurikulum, IPGM, PPD ,BPG, Kewangan dan JAKOA.
Mesyuarat yang memasuki siri keempat ini membincangkan dapatan kajian rintis outcome KEDAP dilaksanakan 93 buah sekolah orang Asli dan Pribumi Semenanjung, Sabah dan Serawak yang melibatkan 606 orang respondan. Asas laporan kajian ini telah dibina dan diusahakan dalam mesyuarat jawatankuasa terdahulu. Mesyuarat kali ini untuk melengkapkan maklumat dan elemen penting kajian berkenaan.
Kajian rintis ini nanti akan menjadi asas untuk melihat keberkesanan pelaksanaan KEDAP dan kajian-kajian lain yang lebih mendalam sebagai usaha membantu masyarakat orang Asli keluar dari kepompong buta huruf di samping dapat membantu anak-anak mereka. Selain dari itu , kita berharap dapatan kajian ini kita dapat mengenalpasti isu dan masalah serta menyediakan strategi penambahbaikan agar program ini memberi impak yang maksima.
Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM36 juta bagi melaksanakan program KEDAP sejak ianya dimulakan pada tahun 2008 hingga sekarang adalah bukti jelas bahawa pendidikan masyarakat dewasa orang Asli dan Pribumi penting dan tidak diabaikan. Justru itu kajian dapatan outcome KEDAP adalah usaha penilaian berterusan kementeriaan bagi melihat kesan dan impaknya. Kita berharap dengan tranformasi pendidikan dan pendemokrasian pendidikan, masyarakat orang Asli dan Pribumi turut sama menikmatinya.
No comments:
Post a Comment