SHAH ALAM — Seorang guru besar sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan memperoleh suapan wang tunai RM3,000 daripada seorang pengusaha kantin, dua tahun lepas.
Abdul Samad Abdul Ghani, 49, mengaku
tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan
terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Guru besar Sekolah Kebangsaan Kajang
Utama itu didakwa meminta untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada Zainun
Hussain sebagai dorongan untuk menyambung kontrak kantin sekolah bagi tahun
2013.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu
di premis sekolah di Kajang, Hulu Langat dekat sini, kira-kira pukul 11.30 pagi
pada 8 November 2011.
Abdul Samad juga didakwa memperoleh
untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada Zainun sebagai dorongan untuk
melakukan perkara sama kira-kira pukul 11 pagi, 14 November 2011 di tempat yang
sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh
dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima
kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi
- BERNAMA
kan lebih baik pengusaha kantin tu sponsor je program sekolah sebanyak rm 3000 tu...akan memberi manfaat kpd pelajar. taklah masuk saku GB tu...
ReplyDeleteabe