Thursday, February 21, 2013

Mesyuarat Pengemaskinian Data Guru dan Data Murid SR Terengganu

KUANTAN - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah mengadakan mesyuarat berkenaan di Shahzan Inn, Kuantan mulai 21 hingga 23 Februari 2013. Semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah dan Penyelia Pengurusan PPD hadir selain pegawai-pegawai dari Unit Sekolah Rendah. Selain tujuan pengemaskinian data penyelarasan audit juga dilaksanakan.

En. Zakariah Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah telah menyampaikan ucaputama. Antara intipati penting ucapan beliau adalah sebagaimana berikut:

  • Data mesti tepat dan disahkan oleh pihak sekolah 
  • Data ini akan dibawa kepada mesyuarat di peringkat Kementerian – jika silap data, mungkin penempatan guru ke Terengganu akan terjejas 
  • Data berakhir 31 Januari ini masih menggunakan sistem DOSR (Data Operasi Sekolah Rendah) 
  • Data berakhir 30 April dan seterusnya akan menggunakan sistem e-operasi. 
  • ABM Perjawatan 2013 belum diluluskan oleh BPSM (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM) – difahamkan akan ada mesyuarat penyelarasan – mohon PPD minimakan ketidaksamarataan (mismatch) opsyen di sekolah-sekolah. 
  • Diingatkan sekali lagi mesti ada guru opsyen Bahasa Melayu dan opsyen Bahasa Inggeris di setiap sekolah untuk menjayakan MBMMBI 
  • Ingatkan kepada Guru Besar – jika ingin melantik guru berjawatan luar norm (Guru Media, Guru Penyelaras Bestari, Guru Pemulihan, Guru Bimbingan, Guru Prasekolah dan Guru Pendidikan Khas Integrasi) pastikan guru berkenaan bukan opsyen Bahasa Inggeris kerana kita masih kurang guru opsyen BI – 104 orang 
  • Guru Besar perlu menghantar cadangan perlantikan guru luar norm kepada JPN dengan segera untuk mengisi jawatan guru luar norm (seberapa boleh isi penuh guru luar norm) 
  • Mohon PPD peka dengan kekosongan pentadbir di sekolah. Sila buat mapping dengan kadar segera iaitu sebulan lebih awal. 

No comments:

Post a Comment