Thursday, February 14, 2013

Mesyuarat Penyelarasan Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP) Terengganu 2013

KUALA TERENGGANU - SK Sungai Pergam, Kemaman dan SK Sungai Berua, Hulu Terengganu akan meneruskan pelaksanaan kelas KEDAP mulai 1 April depan. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kelas KEDAP Terengganu 2013 hari ini dimaklumkan bahawa setiap sekolah Asli ini akan menerima peruntukan RM56,250.00 dan untuk pelaksanaan program ini bagi Sekolah Asli seluruh negara sebanyak RM6juta diperuntukkan kerajaan.

Peruntukan berkenaan bagi menampung elaun tenaga pengajar, elaun kehilangan pendapatan, kesihatan, lawatan dan lain-lain. Mesyuarat berkenaan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu turut dihadiri Pegawai dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pegawai-Pegawai dari Jabatan dan PPD serta Guru Besar dan Penyelaras KEDAP sekolah terbabit. Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu Latihan Dalam Perkhidmatan akan diadakan Mac depan kepada Guru-Guru Kedap khususnya berkaitan modul baru. Sebagai usaha penambahbaikan di samping mempelajari Kemahiran Asas 3M pada tahun ini peserta KEDAP akan belajar Asas Bahasa Inggeris dan kemahiran literasi serta pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kedua-dua sekolah berkaitan dimaklumkan telah menerima komputer melebihi 20 unit dan ini adalah peluang yang bertepatan untuk dimanafaatkan. Walau bagaimanapun kita difahamkan pihak sekolah ada beberapa perkara berkaitan disiplin dan tingkah laku peserta perlu dibentuk sebelum memanafaatkan kemudahan ini. Mesyuarat telah memutuskan pihak sekolah perlu menyampaikan taklimat KEDAP ini kepada peserta dan pimpinan masyarakat setempat mereka dengan dihadiri sama pihak Jawatankuasa KEDAP bagi menunjukkan sokongan dan membantu sekolah dan peserta tentang tujuan, faedah dan tatacara pelaksanaan KEDAP dengan lebih berkesan dan memberi impak yang tinggi.

Kita berharap seramai 30 orang ibubapa dari setiap buah sekolah sebagai peserta KEDAP dapat memanafaatkan peluang ini dan dapat menghadiri penuh sesi pembelajaran yang berlangsung tiga hari seminggu selama 72 hari. Di samping mendapat ilmu dan kemahiran untuk membantu anak-anak, kerajaan juga memperuntukkan elaun kehilangan pendapatan bagi menampung perbelanjaan mereka yang tidak dapat masuk ke hutan mencari rezeki atau  bekerja kerana menghadiri kelas KEDAP. Kita sangat yakin hanya dengan kesedaran pendidikan tranformasi sosiobudaya dan ekonomi masyarakat Asli akan boleh dicapai dan lebih terjamin.


1 comment:

  1. I every time spent my half an hour to read this webpage's posts all the time along with a cup of coffee.

    Feel free to surf to my blog :: best online casino

    ReplyDelete