Wednesday, February 13, 2013

Program "hand-holding" calon SBT Terengganu

KUALA TERENGGANU - Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan  (BPSBPSK) dengan kerjasama JPN Terengganu telah mengadakan Program 'Hand-Holding" bagi membantu calon SBT SR Terengganu. Sekolah yang dipilih ialah SK Seri Berang, Hulu Terengganu dan SK Maktab Perguruan Terengganu (13 Feb 2012) dan SK Rantau Petronas, Kemaman (24 Februari 2013). Sekolah-sekolah ini pernah tercalon dan layak diverifikasi pada tahun lepas tapi gagal meraih anugerah berprestej itu,.

Sementara 17 buah lagi yang tercalon SBT akan ditentukan kelayakan untuk verifikasi oleh JNJK atau tidak berasaskan "entry markah" yang ditentukan oleh KPM. Jika mereka melepasi entry berkenaan pihak BPSBPSK atau JPN akan mengadakan program ini untuk membantu dan membimbing mereka.

Program "Hand-Holding" bagi SK Seri Berang dan SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu telah dipimpin oleh Cik Suraya Hani dari BPSBPSK. Ketua Unit Sekolah dan Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster turut sama dalam program berkenaan yang diadakan di SK Maktab Perguruan, Kuala Terengganu. Kedua-dua sekolah ini yang kita sedia maklum berpengalaman menghadapi pencalonan SBT sudah memahami konsep dan bidang penilaian cuma perlu lebih tersusun dan mantap lagi..

Secara khususnya elemen asas dalam veriofikasi SBT boleh dibahagi kepada tiga bahagian

Bidang 1 - Impresion yang meliputi pemerhatian dalam perkara berikut:
  • Kemudahan untuk akses dokumen yang diperlukan
  • Persekitaran Sekolah - Bersih, Ceria, Selamat dan Kegunaan Bilik Khas
  • Aspek kemenjadian guru - cara berpakaian, komunuikasi dan sebagainya
  • Aspek kemenjadian murid - adab, pakaian, nilai
 Bidang 2 - Elemen SKPM
  • Visi dan misi
  • Kepimpinan
  • Struktur Organisasi
  • Perancagan
  • Iklim persekolahan
  • Pengurusan dan Pembangunan Sumber
  • Pengurusan maklumat
  • Pengurusan Program Kurikulum, HEM dan Kokurikulum
  • Pencerapan p & p
  • Pembangunan sahsiah murid
  • Penilaian Pencapaian murid
  • Kemenjadian Akademik, Kokurikulum dan sahsiah
Bidang 3 - Elemen Anneks
  • Personaliti Unggul
  • Pertandingan/Pencapaian
  • Jaringan
  • Jalinan
  • Penandaarasan
Bidang 2 dan Bidang 3 hendaklah ditunjuk dalam Powerpoint dan juga dalam dokumen. Justru itu 17 buah sekolah yang layak dicalonkan SBT boleh membuat persediaan awal meliputi aspek sebagaimana dinyatakan di atas. SBT adalah hiraki sekolah tertinggi dan ianya adalah "showcase" peringkat antarabangsa. Tidak mungkin Guru Besar dan GPK sahaja boleh membangunnya. Ia memerlukan gabungan dan kombinasi semangat, kemahuan, pemikiran, aspirasi dan tindakan seluruh warga sekolah.

Bahan panduan pencalonan SBT. DI SINI


No comments:

Post a Comment