Contoh SKM : SK Kampung Shukur, Dungun - SKM Gred B
ALOR SETAR,
16 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak akan menutup sekolah kurang murid,
sebaliknya akan memberikan perhatian untuk meningkatkan lagi kualiti sekolah
seperti itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata isu menutup sekolah kurang murid sama ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina serta Tamil tidak timbul dan terpulang kepada ibu bapa jika mereka mahu memindahkan anak-anak mereka daripada sekolah kurang murid ke sekolah lain.
"Kita tidak akan ambil tindakan apa-apa dan biarkan ibu bapa yang tentukan. Masalah berbangkit sekolah-sekolah seperti ini mutu pembelajaran tidak setanding.
"Kebanyakan sekolah ini (kurang murid) tak berapa ok. Guru tak cukup, jumlah pelajar kecil. Kadang-kadang pelajar 10 guru pun 10. Tak ada pelajar mencukupi. Kadang-kadang guru kena ajar dua, tiga subjek untuk menampung subjek-subjek di sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata terdapat lebih 2,000 sekolah yang dikategorikan sekolah kurang murid di seluruh negara, yang bilangan pelajar kurang daripada 50 orang.
Muhyiddin berkata sekolah-sekolah kurang murid ini asalnya adalah sekolah besar tetapi menjadi kurang murid berikutan faktor perpindahan ke kawasan lain.
"Seperti di Felda, generasi kedua tak duduk di situ. Mereka berhijrah ke kawasan lain dan anak-anak mereka belajar di luar. Di ladang-ladang, anak-anak mereka berhijrah ke tempat lain. Takde anak kecil, sekolah jadi kurang murid.
"Kami memikirkan langkah jangka panjang yang boleh diambil (dalam isu sekolah kurang murid). Saya tak nak dengar orang kata kementerian tutup sekolah," katanya.
Mengulas mengenai pertemuannya dengan guru-guru muda sebelum itu, antara perkara yang dibangkitkan ialah sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang mula dilaksanakan tahun ini dan dalam hal itu kementerian juga memikirkan cara mengurangkan beban guru.
"Penambahbaikan pentaksiran berasaskan sekolah juga satu subjek yang dibangkitkan. Ini pendekatan untuk tambah baik penilaian pelajar kita supaya sistem kita tidak berdasarkan peperiksaan semata-mata.
"Kita dah mulakan tahun ini. Guru-guru perlu masukkan data pencapaian pelajar dalam sistem kita. Ada beberapa kekurangan kita sedang atasi untuk tidak bebankan guru-guru," katanya
Katanya pertemuan dengan guru-guru muda itu adalah untuk berinteraksi bagi mendapatkan pandangan dan idea mereka dalam hal pendidikan selain perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
"Juga berkaitan penambahbaikan pada sistem yang kita gunakan. Dalam pertemuan itu ada beberapa perkara mereka kemukakan," katanya sambil menambah bahawa pertemuan itu untuk memberi lebih peluang kepada guru-guru muda berinteraksi dengan beliau selaku Menteri Pelajaran.

-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment