Tujuan utama program ini untuk memberi bimbingan kepada sekolah ini supaya sekolah terbabit boleh serta berupaya mengekalkan prestasi atau mempertingkat lagi prestasi secara konsisten melalui pelbagai keistimewaan yang dimiliki sebagai sebuah sekolah SBT seperti peruntukan kewangan, kuasa-kuasa autonomi yang diperuntukan serta bimbingan berterusan dari BPSBPSK dan JPN. Kejatuhan GPS hingga peringkat kritikal dan memberi kejatuhan kepada kedudukan Band Sekolah sama ada dari Band 1 ke Band 2, 3 dan selebihnya adalah satu "keaiban" kepada sekolah berjenama ini.
Sehubungan dengan itu, program Coaching dan Mentoring (C&M) adalah usaha-usaha strategik mengenalpasti medan kelemahan serta menyaran strategi pemulihan dan penambahbaikan. Sekolah-sekolah SBT terlibat perlu menetapkan visi mereka, apa akan jadi pada mereka untuk tiga tahun akan datang yakni tahun 2015. Tempoh tiga tahun itu harus dijadikan tahun lonjakan dan tranformasi besar dan pantas.
Melalui C&M kita mengharapkan kejujuran dan ketelusan semua warga menyatakan hakikat isu atau masalah yang sebenar agar usaha penyelesaian terbaik dapat dilaksanakan. Kita juga ingin tahu sejauh mana sekolah memanafaatkan autonomi yang diberi untuk membantu mereka melonjakkan prestasi sekolah:
- Autonomi kewangan
- Autonomi kurikulum
- Autonomi sumber manusia
- Autonomi pemilihan murid
- Akademik (45%)
- Kokurikulum (25%)
- Bimbingan (10%)
- Jaringan dan Jalinan (10%)
- Etos dan watak sekolah (10%)
- Peningkatan GPS UPSR 2013,2014,2015
- Peningkatan Pencapaian Kemenangan Kokurikulum di Peringkat Antarabangsa
- Peningkatan SKPM dan Skor Komposit SBT
- Etos dan watak sekolah
Nice blog,please visit http://serbafakta.blogspot.com/
ReplyDelete