Wednesday, August 29, 2012

Siaran Urusan Pengisian PPLD DGA32 (KUP) Time Base ke Jawatan Gred DGA32 Hakiki Negeri Terengganu Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan Urusan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA32 (KUP) Time Based ke Gred DGA32 secara hakiki.  Urusan pengisian ini bertujuan bagi memenuhkan semua jawatan Guru Penolong Kanan dan jawatan naik pangkat lain yang setara dengannya di Pejabat Pelajaran Daerah dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada tahun 2013. 

 
Semua Guru Penolong/Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA32 (KUP) Time Based dipelawa memohon.  Pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja akan dipertimbangkan :-

            3.1       Berminat untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan/Pengelola;
            3.2       Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan
                        Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2009,
                        2010 dan 2011;
3.3      Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan Pentadbiran sama ada sebagai Guru Penolong Kanan Lantikan sekolah /Guru Data/Guru Disiplin/Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru Penyelaras Bestari/Guru Media/Guru Kelas/Penyelaras Peperiksaan;
3.4       Bebas dari tindakan Tatatertib;
3.5       Telah mengistiharkan harta
3.6       Bersedia untuk ditukarkan;
            3.7       Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar hendaklah memaklumkan kepada semua guru yang berkelayakan, menyemak ketepatan maklumat pemohon, membuat perakuan dan menghantar semua borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap berserta rumusan ringkas senarai pemohon ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (U.P: Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah) pada atau sebelum  30 September 2012.

Sila download di bawah:


4 comments: