Thursday, August 2, 2012

Rilek sementara berbuka puasa ....



Suatu hari di bulan puasa...
Jam telah menunjukkan 1 tengah hari. Kaki2  tak berpuasa mula mengerumuni kedai Pak Dol yg terkenal dengan pekak badak. Memang sudah menjadi rutin tahunan kedainya memang tak menang tangan bila menjelang bulan puasa. Pinggan yg belum basuh mula menimbun di sinki dan sesudah melayan pelaggan untuk mengambil nasi Pak Dol pon mula ke sinki untuk membasuh pinggan.
Tiba-tiba kedainya diserbu oleh Majlis Agama dan terus mengarahkan semua pelanggan ke satu sudut sambil memegang pinggan makan masing2. Pak Dol yang masih khusyuk membasuh pinggan tidak perasan yang gerainya sedang diserbu.
Kemudian ketua Majlis Agama yang berserban menepuk bahu Pak Dol sambil berkata "Minta I/C'.
Pak Dol pun cepat2 membersih tangannya dan ke terus meja lauk mengambil pinggan dan terus mengisi nasi. Dalam tersengih2 dia pun berkata "ai.. Pak Haji pon tak pose ke?..
Pak Haji yang masih dalam keadaan bingung tersentak."Aku bukan nak nasi... aku nak I/C" pekiknya..
Serentak dengan tu pelanggan yang mulanya ketakutan ditangkap ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat Pak Dol.
 

0 ulasan:

Post a Comment