Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuka ruang untuk
semakan dan pengemaskinian data guru-guru dalam sistem online e-OPERASI. Semua guru diminta untuk menyemak dan memastikan
ketepatan data masing-masing dalam sistem yang dimaksudkan.
Adalah diingatkan bahawa
data dalam sistem e-OPERASI tiada kaitan
dengan sistem EMiS online. Ingatan
ini diberi kerana masih ada fahaman segelintir guru yang mengatakan data dalam
e-OPERASI dihubungkan dengan data EMiS.
Oleh itu semua guru
diingatkan supaya tidak menyerahkan tugas semakan dan pengemaskinian data dalam
sistem e-OPERASI ini kepada Guru Data Sekolah. Ini kerana Guru Data Sekolah tidak pernah dilantik untuk menguruskan
data dalam sistem e-OPERASI. Sesi semakan dan pengemaskinian data dalam
e-OPERASI ini dibuka bermula pada 01 Ogos hingga 27 Ogos 2012.
Semua guru yang ingin
menyemak dan mengemaskini data perlu berdaftar sebagai pengguna sistem ini yang
boleh dicapai melalui e-OPERASI. ID Pengguna dan Kata Laluan yang pernah diwujudkan sama
ada dalam sistem e-OPERASI atau e-GTukar boleh digunakan dan ianya sah walau
pun seseorang guru itu telah bertukar sekolah.
Sila maklumkan kepada
PK1 atau Guru Besar sekiranya terdapat kesilapan pada data dalam medan yang
tidak boleh dibuat pindaan oleh guru-guru sendiri. Hanya kumpulan pengurusan
ini sahaja yang boleh membuat pindaan pada data guru. Sebarang kesulitan, sila
berhubung dengan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD masing-masing atau
menghubungi En. Mat Lin bin Mohd Nor di
talian 09-6213327, En. Kamal bin Abdullah 09-6213109 dan En. Wahab bin Salleh 09-6213327
di Unit Pengurusan Sekolah Rendah, JPN Terengganu.
No comments:
Post a Comment