Monday, August 27, 2012

Aplikasi APDM untuk Permohonan ke Tingkatan 1, 2013

KUALA TERENGGANU - Satu taklimat penting berkaitan penggunaan Aplikasi APDM bagi permohonan ke Tingkatan 1 ke sekolah kawalan JPN dan Sekolah Feeder akan dilaksanakan untuk persekolahan sesi 2013. Selain itu maklumat penting berkaitan permohonan Tingkatan 1 dan 4, SBP, 2013 juga melibatkan APDM. Demikianlah antara perkara penting yang disampaikan oleh En.Azwade Amzah,Penolong Pengarah Pengurusan Murid SM, SPS, JPN Terengganu kepada pegawai-pegawai JPN dan PPD di Bilik Anjung, Ilmu, JPN Terengganu pagi ini. Ketua Unit SM dan Ketua Unit SR turut hadir.

Beliau yang mendapatkan taklimat daripada KPM dua hari sebelum cuti hari raya menyatakan bahawa APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) akan digunakan sepenuhnya urusan penempatan murid Tingkat 1 dan 4 dan proses penambahbaikan sistem akan berlaku berterusan. Segala urusan berkaitan pengurusan murid dari SR ke SM sama ada sekolah feeder, SMKA, KAA dan sebagainya akan menggunakan APDM dengan GPK Hem ditetapkan sebagai desk officer di peringkat sekolah. Ini bermakna GPK Hem di Sekolah Rendah terutamanya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan urusan ini terlaksana dengan jayanya.

Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama PPD akan mengadakan taklimat kepada semua GPK Hem SR dan SM seluruh negeri dalam masa terdekat untuk memberi kefahaman kepada pihak sekolah. Kita sedia maklum bahawa APDM telah dilancarkan awal tahun ini dan yakin sebahagian pengurus dan guru sekolah telah mesra dan serasi dengan APDM ini. Semua GPK Hem telah menggunakan APDM bagi melaksanakan Pengesahan Pendaftaran Tahun 1 secara online iaitu salah satu aplikasi dalam APDM.

Muaturun bahan / manual untuk sekolah DI SINI


No comments:

Post a Comment