Monday, August 13, 2012

Terkini : Tarikh Surat Tawaran Pelantikan


Sehari dua ni riuh terutama di ruang bual bicara USR tentang pengumuman tarikh pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) kepada guru-guru khusus PJJ-OUM-KPM yang melibatkan 7,975 orang yang telah ditemuduga semenjak dua tahun lepas. Untuk makluman segelintir rakan mereka "terlepas" dari pengantungan perlantikan akibat ketiadaan perjawatan telahpun menikmati gaji gred DG41 dan menerima tunggakan gaji mereka setelah menerima perlantikan 2.10.2010.

Walau apa sekalipun, pertama kita yang terlibat patut bersyukur kerana isu ini sudah menemui jalan penyelesaian. Penghargaan dan terima kasih patut diberi kepada kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib kerana mendengar suara dan rintihan guru dan mengambil jalan penyelesaian segera. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YB Timbalan Menteri Pelajaran yang berulangkali mengeluarkan kenyataan akhbar agar isu ini diambil tindakan segera walaupun dalam masa yang sama ramai menganggap SPP kurang mesra pelanggan dengan mengantung pelaksanaan Pekeliling SPP Bil 1 Tahun 2010.

Kita juga sepatutnya berterima kasih kepada JPA yang meluluskan perjawatan dan menjelaskan kepada kita bahawa tanggungjawab mereka  hanya meluluskan perjawatan. Bagaimana pengisian perjawatan melalui perlantikan pegawai atau guru bukan di bawah urusan mereka. Dengan penjelasan itu juga kita semakin jelas dan tahu fungsi dan tugas agensi-agensi pusat yang penting. Inilah ketelusan dan kejelasan yang rakyat mahu dan perlu tahu. Penjelasan daripada kenyataan JPA pada 26 Jun 2012 menyebabkan semua terutama mereka yang terlibat tahu kedudukan sebenarnya.

Dan sehari dua ini terpampang di ruangan permohonan di web SPP seperti di atas tarikh surat tawaran perlantikan. Bagaimanapun kenyataan itu telah menimbulkan sedikit kekeliruan sama ada pada 15.08.2012 itu tarikh surat iringan penawaran pakej lantikan @ tarikh tawaran perlantikan ke DG41 kepada calon. Ada yang berpendapat itu tarikh surat makluman pakej tapi tidak kurang yang beranggapan mereka akan ditawarkan gred DG41 pada 15.08.2012.

Mereka berpendapat jika kerajaan menawarkan perlantikan DG41 berkuatkuasa 15.8.2012 terutama kepada mereka yang tidak naik pangkat dan pegang jawatan hakiki seperti Guru Besar atau GPK dalam tempoh pembekuan, ia adalah sesuatu yang tidak adil.  Ini disebabkan ada segelintir kawan mereka yang sama belajar bahkan dapat CGPA lebih rendah dari mereka telah dilantik dan menikmati tunggakan gaji. Jika tarikh 15.08.2012 sebagai tarikh tawaran kuatkuasa pelantikan bermakna mereka hilang senioriti dua tahun daripada rakan mereka atas gred DG41. Tegas mereka lagi jika tarikh berkenaan digunapakai maka SPP sendiri melanggar Pekeliling SPP Bil 1, 2010 dan menafikan apa yang disebut dengan jelas oleh JPA dalam kenyataan mereka pada 26 Julai 2012 bahawa tarikh kuatkuasa perlantikan ialah pada 2.10.2010.

Walau apapun kami percaya KPM dan kerajaan akan patuh kepada pekeliling yang sedia ada selagi tiada pindaan dan pembatalan. Dalam pengurusan ia adalah sumber kuasa sah untuk pelaksaanaan sesuatu perkara. Kita amat yakin SPP tidak akan melakukan sesuatu yang merugi dan menyukarkan kerajaan dalam keadaan sekarang. Kepada yang terlibat bersyukur dan bersabar serta yakin kepada kepimpinan tinggi pendidikan dan kepimpinan kerajaan kita. Insyaalah.


118 comments:

  1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan agensi kerajaan, mereka tak akan bertindak tanpa arahan. Maka fikirlah sendiri wahai guru yang bijaksana. Kalau Menteri cakap awal-awal lagi tak adalah rioh rendah lagu ni. Malaysia tanah airku.

    ReplyDelete
  2. mereka nak test..kuat ke dok riuh org ganu hehe

    ReplyDelete
  3. Datang mana pula citer SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) ni..

    ReplyDelete
  4. lulus temuduga 2011, blm lagi dapat tarikh perlantikan,spp kata urus ikut abjab,betulke?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Maklumat yang kami perolehi semua yang lulus temuduga surat tawaran dah ready untuk dihantar sebab tu dia tulis tawaran pelantikan 15.08.2012. Mungkin lepas raya dapatla tu..

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada kepada yang telah sampai surat.Saya sendiri sedang menanti buah gugur..Insya Allah..

    ReplyDelete
  8. MENDER DOK TAU MANER LAGI BOHHHHH WEI..KUAT KENCING PUOK2 NI

    ReplyDelete
  9. SPP BAIK,JPA BAIK,KPM PUN BAIK BOH.PER YER BELAKE..KECEK KLUK KLEK KLUK KLEK.

    ReplyDelete
  10. tahniah yang berjaya dapat lantikan, tp bagaimana dengan nasib kami dari kohort 1 dan telah ditemuduga lebih awal daripada kohort 2 tp masih tidak mendapat surat lantikan. Bagaimana kohort 2 didahulukan dan kohort 1 dipinggirkan.

    ReplyDelete
  11. Rasanya diperlakukan seperti bola, boleh ditendang diterajang sesuka hati. payah sungguh nok dapat lantikan. Kali ni pun dok dapat jugok. Pilih hok guane gok. Nok kate dok comel, comel doh result. Lepah abih belajar terus diserap ke sekolah lain ikut opsyen ijazah. Bakpe kita guru hok belajo kohort 1 ni komang ke nok banding nge kohort 2.

    ReplyDelete
  12. Nok tanya bila pulok kami yang dok dapat tarikh surat tawaran lantikan ini akan bernasib baik seperti orang lain.

    ReplyDelete
  13. Yang hendak dilantik ni yang dah lulus temuduga. Tak kiralah kohort berapapun. Kalau kohort 1 dah lulus temuduga kami rasa insyaallah akan dilantik dan kalau ada belum mohonlah nanti proses akan berjalan.

    Kami dimaklumkan oleh rakan yang pegang jawatan hakiki masih belum ada tarikh surat pelantikan. Kalau mengikut jawapan SPP masa majlis dialog dengan JPN bulan lepas kami juga kemukakan isu pjj yang dah dapat DG32 dan DG34 atas posisi GPK dan GB. Mereka mengatakan pelantikan pemegang jawatan hakiki ini akan diteliti tarikh lantikan mereka dan surat tawaran diberi selepas tarikh mereka dilantik ke jawatan hakiki supaya mereka boleh kekal atas jawatan dan sekaligus dapat menikmati DG41. Jika tidak mereka terpaksa memilih meletak jawatan dan pilih DG41 atau terus kekal atas jawatan tetapi tolak DG41 dan mohon temuduga semula.

    ReplyDelete
  14. Tahniah kepada rakan guru-guru yang dimaklumkan tarikh surat tawaran perlantikan di web SPP tetapi golongan GPK dan GB yang memegang jawatan ini belum ada berita baik. Golongan ini berusaha untuk ke DG41 walaupun sudah berusir, nasib mereka jangan dipinggirkan.

    ReplyDelete
  15. tahniah kepada yang bernasib baik tapi bagaimana pula nasib kami(PJJ KPM-OUM) yang telah mengisi borang sejak tahun lalu tetapi belum dipanggil untuk temuduga SPP? rasanya dah hampir setahun borang diisi.......

    ReplyDelete
  16. kena buat permohonan melalui online utk memohon ditemuduga.kelewatan tuan/puan meohon mempengaruhi perlantikan. selamat hari raya.

    ReplyDelete
  17. SURAT TAWARAN SPP BERTARIKH 15.8.2012 AKAN SAMPAI 3 MINGGU SELEPAS HARI RAYA.SABAR TUA/PUAN.PERTENGAHAN BULAN 9 DAPAT SURAT TAWARAN.JANGAN BIMBANG.

    ReplyDelete
  18. harap2 sebelum pru 13....kabar angin kena penempatan semula...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. Harap2 kali ni akan menjadi kenyataan tidak dibatal dan diitarik balik tawaran yang dah dipaparkan dalam e permohonan..

    ReplyDelete
  20. GURU-GURU LEPASAN PJJ-KPM-OUM DARI MELAKA SUDAH DAPAT SURAT TAWARAN PELANTIKAN DG41 YANG BERTARIKH 15.8.2012 DARI SPP PADA 15.8.2012 YANG LALU YANG DISERAHKAN OLEH UNIT SEKOLAH RENDAH JABATAN PELAJARAN MELAKA KEPADA GURU-GURU YANG BERKENAAN. TARIKH TAWARAN PELANTIKAN DG41 YANG DINYATAKAN DALAM SURAT TERSEBUT ADALAH 2.10.2010

    ReplyDelete
  21. UNTUK GURU-GURU YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI GPK SECARA HAKIKI,MEREKA MASIH BELUM MENERIMA SURAT TAWARAN KERANA MUNGKIN PIHAK YANG BERKENAAN AKAN MENYEMAK TARIKH LANTIKAN MEREKA SEBAGAI GPK HAKIKI SUPAYA TARIKH LANTIKAN DG41 MEREKA NANTI DAPAT DIBERI SELEPAS TARIKH LANTIKAN DGA32 HAKIKI MEREKA.JIKA TARIKH 2.10.2010 DIBERI KEPADA GPK HAKIKI YANG DILANTIK SELEPAS TARIKH 2.10.2010 ITU , MEREKA MUNGKIN TERPAKSA MELEPASKAN JAWATAN MEREKA SEBAGAI GPK DGA32 HAKIKI KERANA DG41 TIDAK LAYAK MENJAWAT JAWATAN GPK DGA32HAKIKI.

    ReplyDelete
  22. Alhamdullilah..kalau betol tarikh lantikan ialah 2 okt 2010...xsia-sia menunggu smpi 2 tahun..

    ReplyDelete
  23. TARIKH LANTIKAN PASTI 2 OKTOBER 2010 KERANA SUDAH TERTERA PADA SURAT TAWARAN TERSEBUT. SETELAH GURU-GURU BERKENAAN HANTAR SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KE SPP UNTUK MENERIMA TAWARAN TERSEBUT, SPP AKAN MENGELUARKAN SURAT LANTIKAN DG41 KEPADA GURU-GURU BERKENAAN DAN DENGAN SEGERA GURU-GURU BERKENAAN BOLEHLAH MEMBUAT PENGESAHAN JAWATAN DG41 KE SPP KERANA MEREKA DAH LAYAK UNTUK DISAHKAN PERKHIDMATAN DALAM GRED DG41 SEBAB SUDAH MELEBIHI TEMPOH PERCUBAAN MINUMUM 1 TAHUN DARI TARIKH 2.10.2012. CUMA MEREKA YANG BELUM ADA SIJIL KURSUS INDUKSI PERLULAH MOHON HADIRI KURSUS INDUKSI ANJURAN JABATAN PELAJARAN NEGERI MASING-MASING. MEREKA YANG DAH ADA SIJIL KURSUS INDUKSI PERLULAH MEMOHON PENGECUALIAN KE UNIT LATIHAN & KEMAJUAN STAF JABATAN PELAJARAN NEGERI MASING-MASING. SELAIN ITU, TAPISAN KASAR KESELAMATAN PERLU JUGA DIBUAT DENGAN CARA YANG LEBIH MUDAH DAN CEPAT IAITU SECARA ONLINE. APABILA SUDAH LULUS TAPISAN KESELAMATAN, CETAK SIJIL KELULUSAN BERKENAAN & HANTAR BERSAMA DENGAN PERMOHONAN PENGESAHAN PERKHIDMATAN.

    ReplyDelete
  24. saya lepasan kohot 1 pjj kpm- oum yang telah diperaku ke lantikan tetap 2 tahun lepas. tapi sampai hari ini belum terima surat tawaran lagi, mengapa?

    ReplyDelete
  25. Saya dh check di e-permohonana SPP, tarikh surat tawaran adalah 15.8.2012, w/bagaimanapun tarikh lantikan x diketahui, slagi surat blum smpi ke tgn..harap2 ada backdated..

    ReplyDelete
  26. bila surat pelantikan nak dihantar ke sekolah.....

    ReplyDelete
  27. Kami guru pengecualian Kursus Induksi semasa tahun 80-an hingga 90-an meminta dikecualikan Kursus Induksi semasa lantikan DG41. Memandangkan kami telah lama berkhidmat dan tidak putus perkhidmatan sebagai guru dan telah lama disahkan dalam jawatan.Kami guru berpengalaman dan bukan guru lantikan baharu. Oleh itu, kami patut dikecualikan dari mengambil Kursus Induksi untuk menjimatkan peruntukan kerajaan.

    ReplyDelete
  28. Kursus Induksi wajib dihadiri atas syarat lantikan dg41.Guru lama wajar menerima pendedahan baru demi menampung keperluan semasa.

    ReplyDelete
  29. macamana nak mohon kursus induksi?

    ReplyDelete
  30. Salam, sahabat2 di Ganu, adakah kami kat Kedah pun JPN dah ambil, sapa tau mohon respon.

    ReplyDelete
  31. Salam semua..saya konvo(pjj oum) pada 23Nov,2010...Tarikh mohon kat spp,02 Mac,2011 dan status permohonan,lengkap...tp kat semakan online,masih tiada tarikh temuduga sedangkan kohot selepas saya iaitu kohort 3 dapat panggilan untuk temuduga...kenapa???

    ReplyDelete
  32. EMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41

    Temu duga ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda melalui program Pengajian Jarak Jauh atau Program Pensiswazahan secara sepenuh masa akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 18 September 2012 di seluruh negara. Temu duga ini dikhususkan kepada PPPLD yang telah mengemukakan permohonan untuk dilantik sebagai PPPS Gred DG41 (permohonan sehingga 30 Jun 2012). Mereka yang terlibat boleh membuat semakan atas talian di portal Suruhanjaya ini mulai 11 September 2012.

    ReplyDelete
  33. petikan diatas di ambil dr portal spp....cegu..saya telah pergi temuduga pada 19/9/2012....kebanyakan yg ditemuduga adalah kohort 1 dan 2 ( ada yg aplly dg 41 pada January 2011)..jadi kalau aplly bulan Mac..sabar yea..kejap lagi ada tu..amin

    ReplyDelete
  34. bila surat ni akan dihantar?

    ReplyDelete
  35. Salam untuk guru2 di ganu dan semua di Malaysia. Saya kohort 2 dari Sabah dan liat di spp epermohonan tarikh tawaran 27.7.2012 dan blm lg terima surat perlantikan sehingga kini.Apa pun terima kasih kpd KPM dan kami.. tetap menunggu dan menunggu.....kpd kwn2 guru yg dah terima surat abar2kanlah dlm ruangan ni.

    ReplyDelete
  36. SURAT TAWARAN GURU PJJ YANG PEGANG JAWATAN HAKIKI GB DAN PK AKAN DI HANTAR SELEPAS PRU 13.KALAU BN MENANG KALAU KALAH DIKIRA HANGUS.MACAM BERMAIN TEKA TEKI.

    ReplyDelete
  37. Kalau surat tawaran gb dan pk dikirim selepas pru 13 kami tetap undi bn tetapi undi rosak.biarlah tidak dilantik yg penting puas hati kerana mempermainkan niat murni kami sambung belajar sampai peringkat ijazah.terima kasih kpm dan bn.

    ReplyDelete
  38. Konvo dulu tdk dapat surat perlantikan dg 41...cal spp tdk ada jawapan yg menyenangkan... Pegawai yg incharge tdk melayan dgn baik... Ingat takdo kejo lain...ini adil??? Janji ditepati???entah apa...

    ReplyDelete
  39. ADA YANG BETUL ADA JUGA BOHONG.BETUL KERANA TERPAKSA TAKUT HILANG KUASA DAN NAMA BOHONG KERANA MALAS MENGURUS MASALAH RAKYAT.TAPI BERKUASA KERANA SOKONGAN RAKYAT DAN KAYA KERANA DUIT RAKYAT.

    ReplyDelete
  40. Apa pun kena bersyukur daripada sebelum ni.sabar banyak-banyak.

    ReplyDelete
  41. URUSAN TAWARAN PELANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG TELAH DITEMU DUGA PADA TAHUN 2012

    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda melalui program pensiswazahan secara sepenuh masa atau melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan telah ditemu duga oleh Suruhanjaya mulai 18 September 2012, urusan pelantikan calon yang diperaku dalam temu duga akan diproses setelah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selesai membuat urusan naik taraf jawatan berkaitan.

    ReplyDelete
  42. salam..sesiapa tahu apakah maksud statement dr spp diatas?

    ReplyDelete
  43. urusan naik taraf jawatan oh tuhan...nak kena tunggu 2 tahun lagi ke?....

    ReplyDelete
  44. Salam, untuk pengetahuan sahabat2 semua JPN Kedah agak lembab, sebab sampai sekarang masih ada yang belum terima Surat Tawaran DG 41 walaupun sudah ada dalam laman SPP

    ReplyDelete
  45. Salam, untuk pengetahuan sahabat2 semua JPN Kedah agak lembab, sebab sampai sekarang masih ada yang belum terima Surat Tawaran DG 41 walaupun sudah ada dalam laman SPP

    ReplyDelete
  46. sapa tau apa maksud naik taraf....apakah maksudnya...KPM yg bertanggung jawab ke? atau JPA? yg pasti SPP dah settle interview...

    ReplyDelete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. saya pernah memohon dg41 pada tahun 2009... namun pernah menolak tawaran... kerana menunggu anjakan gaji pada 0ktober 2011. selepas itu saya memohon semula...pada julai 2011.... kerana difhmkan oleh pihak spp saya tidak perlu ditemuduga semula... bagaimanakah nasib saya? saya telah hubungi pihak spp, mereka telah menjawab bahawa senarai nama yang pernah menolak telah dihantar juga ke kpm... berserta dengan senarai yang telah ditemuduga. Namun sehingga sekarang belum ada keputusan untuk lantikan saya tersebut

    ReplyDelete
  49. Salam. Saya pun belum menerima surat tawaran pelantikan DG41 walaupun dari porta SPP sudah tercatat tarikh surat tawaran pelantikan pada
    3-9-2012.Apa telah terjadi dengan surat tawaran saya?Cukup bimbang......

    ReplyDelete
  50. ingatkan naik cuti ni ( thn baru ) nama kita termasuk dlm dg 41..dalam senarai nama guru..segan tau...lagi2 mengajar sek menengah...ada 44, 48, 52 pun duduk satu bilik dgn kita yg 32 nih...rase mcm dah give up....ada member tu dah jadi aruah...tak sempat dg 41.... sedih tahap paling maksima...

    ReplyDelete
  51. Aslmlkm, saya kohot 5,pjj oum,baru konvo 15.12.2012- dah isi online spp. Bila panggilan temuduga dan apakah tindakan yg perlu saya buat sekarang.....tq

    ReplyDelete
  52. jangan risau guru yg dilantik ke dg41. KPM akan ambik duit bisp guru -guru yg tak ngajor sains dan maths dalam english dan bagi kpd guru dg41 yg baru dilantik

    ReplyDelete
  53. kursus Kenegaraan dapat menggantikan kursus Induksi? Kami segolongan guru yang telah mendapat perlantikan pertama sebelum 1992, dan telah diarah untuk menghadiri kursus kenegaraan ( Sistem Saraan Malaysia PTK 1 )pada 2005 kerana dikatakan tidak mempunyai sijil kursus induksi. Tetapi kini, pihak yang berkuasa kata kursus kenegaraan tidak boleh digunakan untuk GANTI sijil kursus induksi. Apa gunanya kami lulus kursus kenegaraan ?

    ReplyDelete
  54. agaknya lantikan guru pjj DG41 akan di sampaikan oleh para yb Bn sebelum PRU13...macam BR1M..

    ReplyDelete
  55. nadya siti, saya menghadapai masalah yang sama dengan kamu, saya diberitahu tidak perlu ditemuduga tetapi sampai sekarang belum ada berita lagi.bagaimanakah saya dapat menghubungi kamu? bolehlah kita saling menghubungi jika ada berita dari spp atau kpm.

    ReplyDelete
  56. siapa kenal nadya siti?

    ReplyDelete
  57. Cuba tanya makcik yang jual buah kat pasar payang ? mungkin kenal kot?

    ReplyDelete
  58. harap-harap surat lantikan dg41 bagi mereka yang telah lulus temuduga dan diperakukan lantikan tetap dapat 'settle'secepat mungklin!!!!!

    ReplyDelete
  59. KEPADA RAKAN-RAKAN OUM KOHOT 1 YANG BELUM DAPAT SURAT TAWARAN PELANTIKAN DAN SURAT PENGESAHAN LANTIKAN , NASIHAT SAYA AGAR JANGAN MALU UNTUK MENGHUBUNGI SPP KALAU BOLEH PADA SETIAP HARI KERANA DGN CARA INI SAJA BOLEH MEMPERCEPATKAN URUSAN TERSEBUT. BIAR SAMPAI SPP NAIK RIMAS DGN PANGGILAN KITA.INSYAALLAH SEGALANYA AKAN DIPERCEPATKAN.SAYA PUN BARU DAPAT SURAT PENGESAHAN LANTIKAN PADA 28.2.2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dptkan no spp direct line

      Delete
  60. 0388717372 0388717390 INI ANTARA NO DIRECT SPP YANG MELAYAN PANGGILAN.

    ReplyDelete
  61. urusan naik taraf oleh.kpm yg x setel tngok pekililing spp 6 nov 2012.....utk temuduga 2012...kpm ni....kesianlah kitorg...yg tercicir kohot 1 dan 2 apply 2010 tiada masalah......mangsa beku tmuduga.....oh tensionnya...smpi.bila cam ni......sapa yg boleh tolg.....

    ReplyDelete
  62. ada rakan apply dg41 online pd 26.11.2010 , tarikh perlantikan yg dberi oleh spp 1 .12.2011, mengapa bknnya OKT 2011?

    ReplyDelete
  63. may be sbb dia dpt dg 34..

    ReplyDelete
  64. rkn saya tdk dpt dg32 pun

    ReplyDelete
  65. kalau gitu apa tarikh yg sepatutnya diberi

    ReplyDelete
  66. sepatutnya 2.10.2010 eh kwn saya dan saya apply dec 2010 kwn saya interview 5 2011 dpt pelantikan 2.10.2010 atau tarikh dlm skroll ijazah.. eeee risau ni ke kpm dah buat dasar baru ke ...matilah kami...kami lagi best applly dec 2010 ..temuduga dibekukan...bulan 9.2012 baru interview ..... memg bijak diaorg ni...

    ReplyDelete
  67. u org tak dapt lagi tawaran, kwn johor dr kumpulan tercicir dah dapt pd bln 2 maybe yg terakhir

    ReplyDelete
  68. berapa lagi yg blm dapat, ant 7ribu tak clear lagi ke

    ReplyDelete
  69. Rasanya all dah dpt nampak dah senyap bila dah dpt

    ReplyDelete
  70. yea kami.dr bp.dan.muar kohot 1 dan 2 applly 2010.....temuduga bulan 9 2012.....telah diperakui...temuduga muar memg terssngkut...silapnya.bp xde tempt temuduga...kwn minta tmuduga.di kluang dah. settle lama...sedih.mengenang nasib

    ReplyDelete
  71. rata-rata tarikh perlantikan ada yg dpt 1 Disember tapi tdk terlibat dgn kenaikan pangkat, pasal apa?

    ReplyDelete
  72. Asalam..semua guru terutama Kohort 3 pjj oum yg telah ditemuduga mulai september 2012 urusan naik taraf sebahagian besar telah selesai dan sebahagian nama telah berada di SPP bagi tujuan lantikan...sila buka laman web SPP untuk bukti berita gembira ini. Surat akan sampai berperingkat mengikut sapa dulu temuduga hingga akhir...Harap SPP tak berlengah mengeluarkan surat lantikan tersebut. Alhamdulilah...Hebah-hebahkan lah

    ReplyDelete
  73. URUSAN TAWARAN PELANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG TELAH DITEMU DUGA MULAI SEPTEMBER 2012 HINGGA FEBRUARI 2013

    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda melalui program pensiswazahan secara sepenuh masa atau melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan telah ditemu duga oleh Suruhanjaya mulai 18 September 2012 hingga 7 Februari 2013, urusan pelantikan calon yang diperaku dalam temu duga sedang diproses secara berperingkat-peringkat mengikut tarikh temu duga mulai 25 Mac 2013. Surat tawaran pelantikan akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk urusan penempatan.

    Muat naik pada 26 Mac 2013

    ReplyDelete
  74. alhamdullillah....cuma kita tngok bila tarikh lantikan...

    ReplyDelete
  75. Yg tak cemerlang tu Kena Tunggu
    Lama-lama kerana tak belajar sungguh-sungguh .terima Ja lah Kenyataan.

    ReplyDelete
  76. Saya baru dapat berita bahawa guru dari Kohort 3 yang telah ditemuduga pada Sept 2012,tarikh lantikannya ialah pada 2 Jan 2013. Rakan guru saya mendapat berita ini. Dia menghubungi 082 453208 untuk penyemakan. Bukankah ini tidak adil?

    ReplyDelete
  77. Salam semua..saya baru sahaja pulang dari JPN Melaka kul 3.00 lebih tadi. Skrg di tangan telah terima SURAT LANTIKAN dan SRT PENEMPATAN SEMULA. Alhamdulilah.

    Malang, mmg benar kata mmbr di atas TRH LANTIKAN ADALAH 2 JAN 2013. Tadi sebahagian kami terus membuat aduan kepada KPPK Melaka. Harap semua guru di setiap negeri turut membuat aduan rasmi tentang ketidakadilan ini ! Biar benda ini terus jadi isu n dpt perhatian org2 KPM. Jika kita tak bela sapa lg nak bela. Jgn jd enau dalam belukar. Bangkit semua!

    ReplyDelete
  78. johor belum dpt lagi..kit tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  79. selangor pun tak dok lagi...

    ReplyDelete
  80. selangor pun tak dok lagi...

    ReplyDelete
  81. Pekeliling 2010 telah digantung sbb itulah tarikh tu diberi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye........pergantungan itu.dituju utk kita.tpi x adil.mhon 41 dec 2010.beku.....jadi mangsa

      Delete
  82. x senang hati jgn mohon dah dpt bising pula,cakap pasal gaji suara besar,buat kerja sambil lewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh awk.ni psiko ke.....suh.....suh main jauh2.......nyibuk masuk blog pjj ........

      Delete
    2. Tak kena batang hidung sendiri blh la ckp....yg buat keje sambil lewa tu sape? Awak la kot. Jgn main hentam je.

      Delete
  83. Kalian terima saja hanya SPP ja yg berhad menentukan tarikh lantikan tumpu saja semangat kita dalam mendidik anak murid kita jgn terlampau mementingkn diri.
    Kalau dilantik terima Jalah , kalau x pun tak pa asalkn anak kita Dan anak murid kita terus berjaya itu lah kepuasan yg x dpt dibeli dgn Wang ringgit.Segalanya Akan dikurnia oleh Tuhan dlm akhirat nanti.

    ReplyDelete
  84. Kekdg saya trpkir nak.terima aje..wlupun rugi 2 thn....mungkin bukan rezeki..kita tngok.johor.lum dpt lagi....

    ReplyDelete
  85. Kita seharusnya tidak boleh mengalah. Jika SPP dapat beri tarikh perlantikan yang betul mengikut pekeliling kepada guru-guru lain kenapa bukan kita yang telah membuat permohonan pada June 2011 dan telah ditemuduga pada Sept 2012.
    Yang kita rugi adalah seniority kita untuk memohon DG44.
    Ahli-ahli NUTP yang terlibat harus membuat aduan apabila menerima surat lantikan.
    Ada seorang guru yang mendapat surat lantikan bertarikh 2.1.2011, PELIK! Mohon bulan dan tahun sama, temuduga sama tapi tarikh perlantikannya lain

    ReplyDelete
  86. tak palah, wang ringgit bkn segalanya di dunia,yg penting kalian perlu sihat bkn saja fizikal tetapi juga mental serta jiwa.Kalau nak nilai rugi x rugi itu bergantung kpd kematangan masing-masing. Pd halnya dunia ni jarang ada keadilan, keadilan hanya dpt ditentukn oleh Tuhan masing-masing dalam akhirat nanti.Jgn sakit hati krn itu bkn salah kita,cuma masing-masing memegang kpd pendirian yg berbeza.SPP pun sama,mrk juga membuat keputusan mengikut pendirian mrk yg dianggap benar dan tepat.Sekiranya diri kita rasa terdesak maka ini menunjukkan kita ni sebagai pendidik mempunyai takuk fikiran yg agak sempit.Visi besar kita adalah mendidik anak mrd kita supaya menjadi generasi yg pandai berfikir agar dpt menghindar ketidakadilan tersebut terus berlanjutan.Memandangkan pegawai-pegawai SPP yg sedia ada ni juga merupakan produk keluaran didikan kita. REDA!

    ReplyDelete
  87. saya difahamkn oleh spp sesiapa yg masih mempertikaikn tarikh perlantikan yg diberi spp maka tawaran akan ditarik balik spp sbb Segala budibicara yg dilakukn Adakah muktamad .

    ReplyDelete
  88. Kalau. Lantikn pada 2.1.2013 dah rugi 2 tahun...boleh ke saya buat rayuan untuk minta lantikan pada 2.4.2013..kerana pada april 2013 saya akan dapat time based dg 34...lagipun kenaikan gaji pun pAda april...kalau dapat lantikan 2.4.2013 lsgi ok...tak la saya rugi sangat..boleh kawan2 beri pandangan

    ReplyDelete
  89. Assalam. Kpd kawan2 yg masih mengharap dg41 tu byk2 brsabar. Segala masalah smua yg trlibat pasti ada hikmahnya. Ada x kohot 3 dari selangor yg dah dpt surat tawaran dg41 ?

    ReplyDelete
  90. Kedah lagi la malang, selalu akhir sekali dapat

    ReplyDelete
  91. Terkini..
    Sbhgn guru johor dah mula dpt srt lantikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELANGOR X DPT PUN LAGI TERUTAMA KOHOT 3

      Delete
  92. salam. nyampuk sikit... pahang dah dapat
    tarikh lantikan 2.1.2013
    habis masa 2 tahun kita.
    fikir-fikirkanlah..
    terima kasih

    ReplyDelete
  93. SEBAHAGIAN GURU BP JOHOR TELAH DPT..DIRI SENDIRI DAH SEBULAN DAPAT....BP OH BP..OH BP..DISEBABKAN XDE TEMPAT TEMUDUGA DI SINI MAKA KAMI MEMOHON DI MUAR..HASILNYA APPLY 2010 INTERVIEW 2012 LANTIKAN 2013...OH ..OH...OH...YG PASTI BUKAN SALAH KAMI. CUMA MANGSA KEADAAN....

    ReplyDelete
  94. Tidak adil bagi guru yg tidak dipanggil temuduga walaupun tarikh mohon sama dgn guru lain yg sdh mndapt lantikn 2011. Mohon temuduga sama tarikh tpi temuduga berlainan, siapa yg silap klu bukan spp...klu ditelefon ada yg kata nama tercicir, ada yg cakap berperingkat. Itu tda apa jika tahun lantikan ikut tahun mohon temuduga. Mohon campur tangan kementerian pendidikan.

    ReplyDelete
  95. Guru yg mohon tmuduga sblm pkeliling baru 2012 sepatutnya masih terikat dgn pkeliling bil 1 2010. Oleh itu tarikh lntikn masih ikut thn mohon temuduga kecuali guru yg mohon temuduga slps pkeliling tersebut. Mohon spp pertimbangkan perkara ini.

    ReplyDelete
  96. Sy n istri mhn tmudga pd bln feb 2011. Bln mei istri d pnggl tmdga tp sy x, bila tnya spp, selmba jwb trcicir. Thn ni istri dpt plntkn 1.10.2011. Sy pla dpnggl tmudga thn ni, baru2 ni chck dlm online plntkn sy 2.1.2013. Sy snggh kecewa kerana hal ini mybbkn sy khilngn hak seneority n sjumlh wang tunggakn yg spttny m jd hak sy. Apa nasib sy akan dtng kerna trkh ini mmberi ksn dlh rkd prkhdmtn sy. Klu diliht sekali pndg ini adlh kslpn spp. Tp skrg kita d pksa mnerima kptsn mereka. Ini kxadiln yg suggh mngecewakn. Kpada phk kpm tlng bntu kmi. Tlng sblm trlmbt.

    ReplyDelete
  97. Sama2lah kita berdoa agar keluhan kita mendapat pembelaan dan ehsan dari pihak yang berkenaan....

    ReplyDelete
  98. Terima ijazah 13mei 2010(kohot 1)....lantikan 2.1.2013.Gembira bercampur sedih. Moga dapat perhatian dan pembelaan.

    ReplyDelete
  99. Hari ini aku mendapat surat tawaran lantikan dg 41... Gembira, terkilan , sayu dan macam2 bermain difikiran... kenapa kami yang konvo bulan 10.. mohon jan 2011,, tetapi lantikan pada 2 jan 2013... sebahagian kawan saya yang satu kelas ( yg interview awal) telah mendapat lantikan 2.10 . 2010 / 15.10.2010... mereka ini sama program, sama2 habis belajar, sama2 konvo tetapi lantikan berbeza2.. Harap mendapat perhatian kerajaan baru janji ditepati,,..

    ReplyDelete
  100. Saya sama nasib seperti diatas,... kita kehilagan senioriti 2 tahun,.. bermakna perlu menunggu lagi 5 tahun utk dg44... berbanding rakan yang bernasib baiik lantikan bulan 10 2010 perlu menunggu kira2 2 tahun lebih sahaja untuk dg44.... Dengarlah rintihan kami... Diharapkan semua jabatan2 pelajaran negeri,.. semua persatuan2 guru, perjuangkan lah hak kami,.. jgn dianaktirikan,..

    ReplyDelete
  101. isu perlantikan dg41 pada 2.1.2013. Kami teramat-amat sedih dan sangat-sangat kecewa.Semoga ada pihak yg dapat dan sudi memperjuangkan hak kami.Kami hanya menuntut hak kami tidak lebih dari itu...terimakasih

    ReplyDelete
  102. isu lantikan dg41 pada 02.01.2013.... rasa hilang semangat. Mohon dapat pertimbangan hak kami.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukurlah kerana telah dpt tawaran lantikan dg41 .. Bg kami yg masih trtunggu lantikan trsebut. X tau bila lantikao tersebut akan dpt..cg kohot 3 selangor

      Delete
  103. Pihak Suruhanjaya mengambil maklum mengenai ketidakpuasan hati Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang menerima tarikh lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 pada 2 Januari 2013.

    Untuk makluman, tarikh pelantikan PPPLD ke jawatan PPPS Gred DG41 pada 2 Januari 2013 tersebut adalah berasaskan kepada kelulusan Perbendaharaan Malaysia terhadap permohonan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menaik taraf sebanyak 7,819 jawatan PPPLD melalui Waran Perjawatan Bil.S41 Tahun 2013. Di samping itu, pihak Perbendaharan Malaysia juga mewujudkan sebanyak 1,467 jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) PPPS Gred DG41 untuk Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan berkaitan melalui Waran Perjawatan Bil.S40 Tahun 2013. Kedua-dua Waran Perjawatan tersebut diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013. Suruhanjaya ini menetapkan tarikh lantikan bagi kesemua 9,286 penyandang jawatan PPPLD berkenaan berkuatkuasa 2 Januari 2013 bagi maksud keseragaman kerana terdapat negeri-negeri yang bercuti umum pada 1 Januari 2013.
    Tak sangkaa... Sekejam ini rupanya. Kelakar la jugak...Takkan la Perbendaharaan, SPP, JPA & KPM tak ada perancangan jangka panjang...hmmm..Bijaksana sungguh diorang nihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari lah kita sama2 bergabung......mcm mna nk atasi masalah ini....smoga allah mmberkati usaha kita smua (insan yg tertindas)...

      Delete
  104. ini semua POYO....

    ReplyDelete
  105. Janjji telah dicapati,.. poyo habih,....

    ReplyDelete
  106. Kami di Sabah masih blum menerima...namun rsa sedih dgn perkembangan terkini perlantikan ini.

    ReplyDelete
  107. Mengapa di selangor masih x dpt lagi tawaran perlantikan sedangkan kawan2 di wilayah yg sama temudaga dah dpt walaupun telah lama diperakukan. Apa salah kami...,

    ReplyDelete
  108. https://www.facebook.com/pages/Guru-Pps-Dg41-Lantikan-2013-Yang-Dinafikan-Hak/591280470918035#

    ReplyDelete
  109. Assalam...
    Saya kohot 3 dari Selangor telah pun mendapat surat lantikan DG41 berkuatkuasa 2 januari 2013.Pada masa yang sama saya juga mendapat surat lantikan DG34 berkuatkuasa 1 januari 2013.Bezanya sehari! Alhamdulillah..Saya telah pun mendapat tunggakan kenaikan gaji dari DG32 ke DG34. Kini selepas setahun saya masih dalam proses menunggu tunggakan gaji dari DG34 ke DG41 kerana tanggaji DG41 yg ditawarkan berada lebih rendah brbanding tanggaji DG34 sekarang!Adakah sesiapa mengalami masalah yg sama dngan apa yg saya alami?harap dapat berkongsi maklumat!

    ReplyDelete