KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah telah mengadakan taklimat berkenaan kepada GPK Hem untuk semua sekolah rendah daerah Kuala Terengganu di SK Sultan Sulaiman 1 pagi ini. Taklimat ini bagi menjelaskan kepada GPK Hem selaku Pegawai Meja Utama Pengurusan Pendaftaran Murid 1 di sekolah mengenai prosidur dan tatacara pengesahan pendaftaran secara online.
Sekarang ini pengesahan secara manual telahpun dilaksanakan oleh kebanyakan sekolah dan mereka WAJIB melaksanakan pengesahan secara online yang akan dibuka mulai 15 Ogos hingga 15 September 2012. Oleh yang demikian, semua GPK Hem diberi taklimat bagaimana untuk melaksanakan proses pengesahan ini secara teratur dan sempurna.
Sementara itu En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah dalam ucapan aluannya menyeru agar GPK Hem sentiasa melengkapkan kemahiran diri khususnya berkaitan kemahiran ICT kerana muktakhir ini banyak urusan dengan KPM dilaksanakan secara online . Antaranya e-operasi, e-gtukar, skpm , pencalonan sbt dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran yang mendahului anak buah akan meningkat respektasi kepada kita sendiri.
Taklimat pagi ini telah disampaikan oleh En. Wahab bin Mohamad, Penyelia Kanan Pengurusan Murid yang sangat berpengalaman dalam hal ehwal pengurusan murid dan pendidikan wajib. Tegas beliau urusan permohonan dan penempatan murid berasaskan punca kuasa Surat Pekeliling Iktisas 14/2002. Beliau berharap segala isu berkaitan akan dapat diselesaikan bersama dengan bantuan GPK Hem di sekolah.
Kita berharap melalui taklimat ini semua urusan permohonan, pengesahan dan penempatan murid Tahun 1, tahun 2013 bagi semua sekolah negeri Terengganu terlaksana dengan cemerlang,.
No comments:
Post a Comment