Tuesday, August 7, 2012

PraSekolah SK Telaga Papan hebat...

SETIU - Pagi tadi dalam program pemantau guru baru di SK Telaga Papan bersama Ketua Unit Sekolah Rendah dan Penolong Pengarah Guru saya sempat meninjau sepintas lalu prasekolah SK Telaga Papan.
Prasekolah SK Telaga Papan terletak di tingkat bawah bangunan dua tingkat lama SK Telaga Papan yang agak jauh terpisah dari blok bangunan baru.

Sepintas lalu saya kagum dengan susunan dan suasana kelas yang ceria. Susunan hiasanya betul-betul dapat merangsang murid. Inilah yang sepatutnya berlaku bagi prasekolah untuk semua sekolah. Saya amat yakin pasti banyak lagi kelas-kelas prasekolah seumpama ini. Bagi sekolah sekitar atau daerah Setiu boleh menjadikan prasekolah SK Telaga Papan sebagai benchmark. Tidak salah kita belajar dengan orang lain untuk menjadi lebih baik.

Tahniah kepada guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah SK Telaga Papan atas inisiatif dan dedikasi mengurus kelas  pra ini. Semoga aura ini akan dipanjangkan lagi oleh guru-guru Tahun 1 dan seterusnya...


2 ulasan:

SK Telaga Papan said...

Jazakumullah khairan kathira atas sokongan dan dokongan yang membina....terbaik!!!!

USR BLOGGER TEAM said...

Kita ketengahkan agar menjadi ikutan. Sesuatu yang hebat akan bermakna bila ianya melahirkan banyak lagi yang hebat. Serupa juga Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang mampu melahirkan ramai pemimpin-pemimpin yang hebat juga. Insyaallah , teruskan usaha yang baik ini. Tahniah.

Post a Comment