Monday, August 27, 2012

Taklimat Permohonan SBP ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, 2013

KUALA TERENGGANU - Pagi tadi telah diadakan Taklimat Permohonan ke Tingkatan 1 dan 4, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai dari Bahgaian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) kepada pegawai meja SBP di PPD dan Pegawai-Pegawai JPN dan juga semua Pengetua SBP seluruh negeri Terengganu.

Sebelum itu En. Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran dalam ucapan aluannya mengingatkan pihak sekolah agar sentiasa peka dan teliti agar pencalonan dapat dilaksanakan dengan tepat dan sempurna. Selain itu  tegas beliau, harapan ibubapa negeri Terengganu kepada anak-anak mereka untuk masuk SBP adalah tinggi.

Permohonan ke SBP ini akan dilaksanakan secara online yang akan bermula 15 September 2012 sehingga 31 Oktober 2012. Satu taklimat khas kepada Guru Besar, Pengetua dan GPK Hem masing-masing akan disampaikan nanti oleh JPN dan PPD.


1 ulasan:

Tengku Hazirah said...

Assalamualaikum, boleh tanya. Kalau student form 4 2013 nak masuk sekolah elit Lembah Bidong, macam mane? Ade borangnya atau rayuan?

Post a Comment