Monday, August 13, 2012

Taklimat Pengesahan Tahun 1 Online PPD Kemaman

KEMAMAN - Semalam taklimat berkaitan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Zamrud, PPD Kemaman. Semua GPK Hem daerah Kemaman telah hadir. Tuan Haji Sulaiman bin Mohamad, Penolong PPD Kemaman yang menjalankan tugas PPD Kemaman telah merasmikan program berkenaan.

Sementara itu, En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah semasa menyampaikan taklimat awal berharap semua GPK Hem Kemaman sentiasa "alert" dengan perubahan terutama pelbagai sistem yang melibatkan online. Beliau juga mengingatkan GPK Hem agar kehadiran kita ke sesebuah sekolah lebih mempermudahkan urusan sekolah dan masyarakat bukannya menyusahkan ramai orang. Tegas beliau GPK Hem adalah pintu utama hubungan antara ibubapa dan sekolah melalui pelbagai urusan melibatkan mereka yang berkaitan anak mereka . Oleh itu beliau berharap agar GPK Hem sentiasa bersifat profesional, mahir dan berpengetahuan dalam kerjabuatnya.

Taklimat kemudiaan diurus oleh Penyelia Kanan Pengurusan Murid, En. Wahab Mohamad dengan dibantu oleh En. Wahab Salleh, Penyelia Kanan Unit Rendah.


No comments:

Post a Comment