Berikut
adalah beberapa hadith Rasulullah
SAW yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan keberkatan dari
kebaikan Ramadhan.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak
Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari
Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam
sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari
Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang
bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira
50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari
‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya
makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari
Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera
berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari
Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka
dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak
ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam
berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang
sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa
teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan
oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu
orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang
yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan
ibadah puasa.
Dari
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam
bersabda:
“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah
seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan
janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau
mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang
berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu
Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan
perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan
minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir
bin Rabi’ah berkata:
“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak
dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak
dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu
Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Andaikan
tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap
kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari
Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang
yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan
Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap
malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang
bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith
Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca
al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan,
hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila
tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan
menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni
mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk
mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari
Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang
berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan
tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
telah bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam
bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH,
maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah
radhiAllahu ‘anha berkata:
“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila
masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam,
dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari
& Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari
Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf
pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf
pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi
wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi
wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari
& Muslim)
Sumber :
Melayukini.net
No comments:
Post a Comment