Wednesday, August 1, 2012

Mesyuarat Penyelarasan Karnival SKK Zon Timur

KUALA TERENGGANU - Karnival SKK Zon Timur akan diadakan pada 24 - 26 September 2012 bertempat di SMK Zainab 1. Kota Bharu, Kelantan. Semua SKK Menengah dan Rendah dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan terlibat dengan program ini.

Pagi tadi satu menyuarat penyelarasan SKK Terengganu berkaitan program atau karnival berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Semua pengetua dan guru besar beserta penyelaras SKK masing-masing hadir. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh En. Hamid Yahya, Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/ Kluster. Turut hadir ialah wakil dari BTPN

Antara perkara penting yang disentuh ialah :
  • Setiap sekolah dihadkan kepada 10 peserta dan dua orang guru pengiring
  • Pengangkutan, makan-minum dan penginap ditanggung sekolah masing-masing menggunakan peruntukan khas kluster
  • Pameran Kebitaraan - setiap sekolah SKK disediakan kios dan dipertandingkan
  • Setiap sekolah diwajib menyertai sekurang-kurang satu jenis pertandingan dan tidak melebihi dua mengikut  bidang kebitaraan masing-masing
  • Setiap negeri dimohon menyediakan video persembahan (1 jam) berkaitan SKK di negeri masing-masing.
Karnival ini dijangka  ditutup dengan rasminya oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Kita berharap semua SKK Menengah dan Rendah Terengganu sebanyak 14 buah dapat memberikan persembahan terbaik pada karnival  ini.
 

No comments:

Post a Comment