Tuesday, August 28, 2012

Perlanjutan tempoh kemaskini e-operasi..

Semalam iaitu 27 Ogos 2012 sepatutnya tarikh terakhir pengesahan data dalam e-operasi bagi tujuan pelaksanaan e-gtukar yang bakal bermula 1 September 2012. Walau bagaimanapun sehingga tarikh berkenaan terdapat segelintir pihak sekolah belum mengambil tindakan dengan pelbagai alasan seperti cuti perayaan dan sebagainya. Justru pihak KPM telah memberi pertimbangan untuk melanjutkan tempoh kemaskini dan pegesahan e-operasi sehingga akhir bulan ini.

Jika selepas tempoh berkenaan masih terdapat sekolah khususnya Sekolah Rendah di Terengganu yang masih belum mengambil tindakan kemaskini dan pengesahan e-operasi maka pengurusan sekolah akan diminta memberi penjelasan serta justifikasi sewajarnya.

Kita berharap maklumat ini mampu mendorong kita untuk bertindak dengan pantas dan semerta.


No comments:

Post a Comment