Tuesday, August 14, 2012

Taklimat Pengesahan online Tahun 1, 2013 daerah Marang

MARANG - Taklimat pengesahan online Tahun 1, 2013 hari ini diadakan untuk daerah Marang. Besok daerah Besut dan Setiu akan mengakhiri siri taklimat berkaitan.

Taklimat bagi daerah Marang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Marang. Semua  GPK Hem daerah Marang telah hadir. Pengurusan  Murid PPD Marang untuk sementara ini dilaksanakan oleh En.Hamid Daud, Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah sementara pegawai pengurusan murid diisi.

Ketua Unit Rendah, En. Jelani Sulong dalam taklimat  awal merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua GPK Hem dan berharap mereka sentiasa memajukan diri dengan kemahiran dan pengetahuan terkini khususnya program online yang dilaksanakan kementerian.

Selain itu beliau juga berpesan agar GPK Hem sentiasa bekerjasama dan membantu Guru Besar dan memastikan tindakan yang melampaui batas peraturan dan nilai sosial masyarakat sentiasa dijaga kerana masyarakat sangat sedar dan peka terhadap isu-isu pendidikan.

Kita menaruh keyakinan melalui taklimat ini  GPK Hem dapat memainkan peranan mereka dan tiada sebuahpun sekolah daerah Marang khususnya dan Terengganu amnya yang diangkat sebagai sekolah bermasalah peringkat kebangsaan dalam urusan Murid Tahun 1, 2013.


No comments:

Post a Comment