Sebelum itu satu majlis bacaan yasin dan tahlil telah diadakan di surau jabatan. Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Nasir, Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan Enam. En. Zakariah Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan pegawai serta keluarga turut sama.
Majlis berbuka puasa juga turut diserikan dengan kehadiran En. Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Selepas itu, sembahyang Maghrib berjemaah di surau jabatan.
Majlis Berbuka Puasa disumbangkan oleh pegawai-pegawai kanan SPS yang mendapat kenaikan pangkat DG48 dan sumbangan dari pihak tertentu. Terima kasih kepada bos-bos kita semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Majlis ini bukan semata-mata berbuka puasa tetapi sebagai satu jambatan mengeratkan silaturrahim antara warga dan keluarga SPS.
No comments:
Post a Comment