Wednesday, August 15, 2012

Lawatan Pengarah Pelajaran ke SK Jelapang, Setiu

SETIU - Hari ini (Rabu) sekolah daerah Setiu dipilih oleh Pengarah Pelajaran untuk dipantau dan dilawati. Sekolah yang bertuah ialah SMK Lembah Bidong dan SK Jelapang. Hari Rabu setiap minggu adalah hari Pengarah peruntukkan untuk lawatan dan pemantauan sekolah. Rabu akan datang daerah mana dan sekolah mana kita tunggu.

Lewat pagi tadi Ketua Unit Rendah dan saya sempat bersama Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Timbalan PPD Setiu  melawat SK Jelapang. Sekolah daerah Setiu yang satu-satunya layak diberi elaun pedalaman sepuluh peratus. Selepas meninjau keadaan sekolah satu perjumpaan dengan semua guru telah diadakan.

En. Zakaria Hussin, Pengarah Pelajaran Terengganu dalam perjumpaan itu telah menyentuh pelbagai perkara
berkaitan peranan guru dalam tranformasi pendidikan. Menurut beliau pendidikan memain peranan besar membawa perubahan dalam masyarakat dan kehidupan. Justru itu peranan sempurna guru dalam pedagogi amat penting dan utama. Tegas beliau bukan sahaja mengajar untuk lulus peperiksaan tetapi juga dapat membangun potensi murid yang pelbagai untuk hidup cemerlang di masa hadapan. Kemiskinan bukan lagi alasan untuk gagal dan mundur.

Menurut pengarah di negara-negara maju mereka yang ingin menjadi guru ialah mereka yang terbaik. Ianya berbeza dengan negara membangun seperti kita kerana kebanyakan yang ingin menjadi guru kerana tiada kerja lain. Bila mereka yang benar-benar berminat dan berkualiti menjadi guru bermakna segala nature kerja guru yang pelbagai tidak ada masalah bahkan menyeronakkan bagi mereka. Apa lagi dengan perubahan kerja guru sekarang pastinya bukan halangan dan masalah kepada mereka yang mencintai bidang perguruan.

Beliau berharap SK Jelapang dapat mencari dan mengenalpasti bakat-bakat berpotensi seperti bidang sukan misalnya untuk diasuh dan dilatih. Menurut beliau hari ini mereka yang berbakat ini memiliki kerjaya dan masa depan yang cerah. Pengarah juga meminta warga sekolah sama-sama mengembeling tenaga dan idea bagi mengatur strategi terakhir menjelang UPSR. Menurut beliau lagi sekolah-sekolah kecil banyak memberi sumbangan ke arah pencapaian UPSR.

Beliau juga meminta isu-isu remeh dapat diketepikan dan pengurusan sekolah serta guru dapat menghayati visi dengan mendalam serta secara kolektif dapat menjayakannya. " Jika kita mendidik anak orang bersungguh hati , Insyaallah orang lain juga akan mendidik anak kita begitu juga", tegas beliau.


7 comments:

  1. Lawatan dah buat tp tindakan tak ada.

    ReplyDelete
  2. Warga sk jelapang megucapkn ribuan terima kasih atas lawatan ini.dan sekali lg ingin menjemput untuk bertandang ke sk jelapang sekiranya ada masa dan ruang agar dapat kita sama2 bertukar pendapat untuk kebaikan semua.pertemuan yg sangat singkat tidak membolehkan guru2 untuk bersuara dengan lebih selesa kerana ada beberapa perkara yang perlu di perjelaskan.harap dapat perhatian dari pihak yg berkenaan....tq

    ReplyDelete
  3. Diharap JPNT lebih telus dan profesional, bukan sekadar menyaksikan sahaja keruntuhan organisasi pendidikan diatas prinsip melindungi kroni..

    ReplyDelete
  4. pegawai2 JPNT ni bengong2 belako.nok suruh ore hormat sebagai pegawai jpn tapi dalam masa yang sama tidak pandai nak tunjuk hormat kepada cikgu di sekolah.Ingatlah kita sama serupa...sama2 seorang guru.Doh lah weh bo lah jadi ketam melayu..pengaroh dok suko..Igatlah ketam keling...

    ReplyDelete
  5. Bila la pula tuan pengarah nak mari tengok rekod megajar guru besar.jangan lah duk harap guru besar hok ada tu buat ringkasan mengajar.nanti orang kata,harapkan pagar,pagar makan padi.ke orang jpnt masa jadi guru dulu kot2 tak buat gok ringkasan mengajar....

    ReplyDelete
  6. Kertas peperiksaan OTI tanda ke tak.kot2 bagi markah tengok muka je.

    ReplyDelete
  7. UNTUK PERHATIAN TUAN PENGARAH.... Cadangan drp guru2. Tolong adakan satu PENCERAPAN guru2 untuk melihat PK2, GB mengajar dan guru2 juga boleh menentukan dan menilai PRESTASI PK2 & GB mcm swasta.!..ni PK2 & GB duk asyik2 bg C je bila cerap cg2....PK2 ngajor..HAMPEH dr kite...dia jer PRASAN.!

    ReplyDelete